'Assalamualaikum...’ KJ balas ciapan lelaki dihalang rakam video di PPV

A
A
A

RAMAI yang mengabadikan video semasa suntikan vaksin sebagai memori. Malah ia dibenarkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ketika itu, Khairy Jamaluddin.

Jelas Khairy, ia bagi memastikan setiap penerima mempunyai bukti kukuh mendapat kadar vaksin yang sempurna bagi mengelakkan isu ‘vaksin angin.’

Hari ini, selepas dilantik menjadi Menteri Kesihatan, Khairy dilihat membalas ciapan ciapan seorang lelaki yang dihalang merakam video di sebuah Pusat Pengambilan vaksin pada Selasa lalu.

Menerusi ciapan di laman Twitter dua hari lalu, seorang lelaki berkenaan berkongsi pengalamannya dihalang untuk membuat rakaman ketika dia menerima vaksin.

Menurut lelaki tersebut, rakaman berkenaan di ambil untuk tatapan ahli keluarganya sahaja serta telah mendapat kebenaran petugas yang menjalankan suntikan.

 

Ciapan Khairy tersebut walaupun pendek dan ringkas meraih 38,000 tanda suka dan 38,000 retweet.

Ikuti kami di Instagram!

Sumber : Twitter ">@winraffm

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca