AZIZAH Ariffin antara nama besar dalam dunia penyiaran yang pernah popular suatu ketika dahulu.

Terkenal sebagai penyampai berita dan pengacara, kelibat Azizah sering menarik perhatian.

Penyampaiannya yang bersahaja membuatkan penonton selesa dengan hebahan berita yang disampaikan oleh wanita ini.

Azizah memulakan kerjaya awal sebagai penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dari 1990 sehingga 1995. Beliau kemudiannya menyertai TV3 pada 1996 sebagai penyampai berita.

Baca juga: Malang tak berbau, wanita ini patah tulang rusuk gara-gara sebiji buah kelapa

Azizah kemudian diserap sebagai pengacara untuk beberapa rancangan TV3 termasuk Nona dan Wanita Hari Ini sehingga tamat kontrak pada 2016. Sejak 2017 hingga kini, Azizah berkhidmat di TV AlHijrah.

Namun untuk satu ketika, ‘kelibat’ Azizah tidak kelihatan menyampaikan berita di TV AlHijrah. Rupa-rupanya wanita yang kini mencecah usia 53 tahun itu mengalami kecederaan sehingga beliau terpaksa berehat.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, Azizah berkongsi keadaan dirinya. Jelas ibu jelita ini, sudah agak lama beliau tidak memuat naik gambar di set penyiaran.

Baca juga: ‘Pernah retak tulang pipi, patah tulang bahu dan tangan.-‘ Dulu gadis litar, Yulina Tan kini pelumba superbike

“Alhamdulillah selepas lebih sebulan berehat akibat kecederaan di pergelangan tangan (patah akibat terjatuh), malam tadi saya sudah boleh ke set dan mulakan tugasan.

“Tangan masih tidak begitu kuat lagi, masih tidak boleh memandu, tidak boleh memasak dan pegang benda berat,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menurut Azizah, pegang pen pun beliau masih belum boleh lagi. Dalam posisi tertentu, tangan masih terasa sakit.

“Doktor kata makan masa juga untuk pulih dan perlu teruskan dengan rawatan fisioterapi sehingga betul-betul pulih. Bagaimanapun saya tetap bersyukur kerana sudah boleh meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Buat masa ini jika hendak ke mana-mana, saya perlu ada pemandu yang boleh hantar dan ambil. Bila lagi hendak bermanja dengan suami dan anak-anak,” jelasnya.

Baca juga: Selain susu, ini makanan untuk osteoporosis

Azizah turut merakamkan ucapan kepada sahabat-sahabatnya yang menziarahi, mendoakan dan menghantar makanan. Dia juga sangat berterima kasih kepada sahabat yang sanggup menjadi pemandu menemani ketika saat-saat sukar.

Perkongsian Azizah mendapat perhatian warga maya. Ramai yang mendoakan agar Azizah segera sembuh supaya dapat menjalankan tugas harian dengan lancar.

Iklan

Berikut antara komen-komen yang ditulis oleh warga maya:

– “Syafakillah… semoga segera sembuh.”

– “Semoga ALLAH beri kesembuhan secepatnya yang tidak ada sakit sesudahnya.”

– “Rindu tengok sis baca berita.”

– “Selamat kembali.”

– “Alhamdulillah semoga cepat sembuh.”

Iklan

Untuk info, Azizah berkahwin dengan Mohd Khafairil Mohd Khalil, rakan setugasnya di Media Prima pada 20 Ogos 2007. Beliau mempunyai tiga orang anak dari perkahwinan terdahulu. Azizah mula memakai hijab pada 10 Jun 2008, sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke-39 tahun.

Baca juga: Usianya 55 tahun, tapi penampilan bak remaja 17 tahun. Rupanya ini rahsia awet muda wanita sudah bergelar nenek!

Sumber: Azizah Ariffin

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi