Malang tak berbau, wanita ini patah tulang rusuk gara-gara sebiji buah kelapa

A
A
A

MALANG tak berbau, itulah peribahasa yang sesuai dengan kejadian yang menimpa seorang pembonceng motosikal yang terjatuh dan tergolek gara-gara sebiji buah kelapa.

Kejadian malang itu berjaya dirakam oleh dashcam milik pengguna jalan raya yang turut melalui jalan tersebut.

Rakaman memperlihatkan sebiji buah kelapa yang bersaiz agak besar jatuh secara tiba-tiba dan mengenai kepala individu itu.

Sehubungan itu, topi keledar yang dipakai pembonceng tercabut sehinggakan dia terjatuh lalu tergolek di tengah jalan raya.

Baca juga: Kanak-kanak 4 tahun tak sengaja ‘dimandulkan’, keluarga saman RM4.4 juta

Video berkenaan telah dimuat naik ke dalam laman sosial Facebook, Penang Kini dan turut dimuat naik oleh beberapa akaun yang lain.

SinarPlus kemudiannya meninjau ruangan komen dan rata-rata warga maya bersimpati dengan keadaan yang menimpa pembonceng motosikal itu.

“Semoga beliau dilindungi Tuhan dan baik-baik belako.”

“Sakit kepala kena buah kelapa, sakit jatuh motor. Dua kali sakit tu. Moga tiada cedera yang serius.”

Baca juga: Besarnya dugaan, wanita hamil kembar 3 keguguran jatuh di tandas buat ramai sebak

“ALLAH… impak kuat tu dari atas. Bahaya kat tulang servikal… Ada saraf kawal pernafasan kat situ. Semoga mangsa tak ada apa-apa kecederaan serius.”

“Buah kelapa jatuh tepat kat kepala tu. ALLAHU, semoga diberikan kesembuhan seperti sediakala.”

Rentetan rakaman itu menjadi tular, seorang pengguna Facebook, Yaya Gani menjelaskan individu malang itu merupakan ibunya.

Difahamkan, wanita itu mengalami kecederaan parah iaitu patah bahu kanan, patah tangan kiri dan dua tulang rusuk patah.

Manakala, individu yang membawa motosikal itu merupakan anak mangsa dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun, wanita itu dikhabarkan telah sedarkan diri dan masih dipantau di Hospital Pulau Pinang.

Baca juga: Kanak-kanak maut dibaham singa, tragedi percutian Aidilfitri

Baca juga: Ular dalam motosikal, lelaki ini ikut penunggang motosikal balik ke rumah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca