Bakal abang ipar jadi suami, kisah wanita kematian tunang raih perhatian, ribuan doa buatnya

SEPATUTNYA selamat diijab kabul pada Jun lalu namun aturan ALLAH adalah lebih baik buat seorang wanita ini.

Siapa sangka bakal abang ipar rupanya jodoh yang mengisi ruang hati ditinggalkan tunang yang meninggal dunia akibat lemas.

Itu yang ditakdirkan buat Nur Malina Mohd Rozani, 24, yang sepatutnya bernikah pada 30 Jun lalu menerima berita sedih apabila tunang tercinta, Allahyarham Shahrizuan Shukri, 28, meninggal dunia akibat lemas di Sungai Pasir Pekan, Kelantan pada 25 Mei lalu.

Pun begitu, kesedihannya tidak berpanjangan apabila dijodohkan dengan abang kepada arwah tunangnya, Shahron Shukri, 32, pada 8 September lalu.

Menurut Malina yang juga guru tadika berkata, kedua mereka menerima keputusan keluarga dan bercinta selepas kahwin.

Ujarnya, kisah hidupnya yang indah itu terjadi dalam masa yang begitu pantas. Ketentuan ALLAH yang tak pernah disangka dan mereka bertemu dengan cara ini.

“Mak dan ayah arwah yang kini mentua amat sayangkan saya. Pada masa sama, saya bersyukur dipertemukan dengan orang baik sebab arwah selalu pesan dia sangat sayangkan saya.

“Disebabkan itu, selepas arwah tiada mak dan ayah dia tak nak sia-siakan saya. Jadi, mereka ambil keputusan untuk menjodohkan saya dengan abang arwah. Kebetulan abang arwah ‘single’ lagi dan dia seorang saja yang belum kahwin,” katanya.

Baca juga Pelamin perkahwinan sunyi, bakal suami lemas, rupanya ini berlaku

Bicara Nur Malina atau Nina lanjut, dia hanya mengenali suaminya itu selepas tunang meninggal dunia.

“ALLAH itu sebaik-baik perancang. Kalau nak tahu, dalam adik-beradik mereka, suami seorang saja yang betul-betul mirip arwah dan namanya seakan sama.

“Waktu itu terkejut juga sebab saya kenal suami pun selepas arwah tiada. Sebelum tu saya tak kenal cuma tahu nama dan cerita yang suami ini sama dengan arwah,” katanya.

Menurutnya yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan berkata, dia menerima suami dan perkahwinan dibuat kerana ALLAH bukan bagi mengisi kekosongan hati.

Baca juga Bakal timang anak sulung, Ryan Bakery awal sudah siapkan nama. Dedah isteri hamil 5 bulan selalu idam teh hijau

“Sedikit nasihat untuk yang melalui situasi sama macam saya, jangan takut nak buat solat sunat istikharah. Buatlah sehabis baik dengan ikhlas kerana ALLAH,” ujarnya.

Iklan

Dalam pada itu, perkongsian kisah hidupnya di aplikasi TikTok menjadi perhatian ramai.

Rata-rata warga maya meninggalkan doa kebahagiaan buatnya di samping ramai berkongsi melalui pengalaman yang sama serta kekal bahagia sehingga sekarang.

Ujar mereka;

“The real of jodoh itu rahsia ALLAH. Semoga berkekalan bahagia hingga ke Jannah.”

“Suka dan sayu tengok senyuman kebahagiaan Nina. ALLAH akan hadirkan seseorang pada waktu yang tepat. Nina berhak untuk merasa bahagia juga.”

Iklan

“Selalunya macam ni bahagia hingga akhir nafas. Mak cik pak cik camni. Si abang meninggal, adik bujang ambil tanggungjawab nikahi kak ipar and mereka bahagia sampai sekarang.”

“Wah menarik kisah sis… ape pun tahniah sis. Nanti ceritala dari awal camane boleh kenal dan setuju berkahwin, pastu tak rasa janggal ke, macam novel ni.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!