‘Banyak bakat YB! Salute’, bukan sahaja penyampai radio, kini KJ buat ‘review product’

BUKAN sahaja menjadi penyampai radio, kini Khairy Jamaluddin (KJ) turut membuat kerja ‘review product’.

Perkara itu diumumkan oleh beliau sendiri sebentar tadi di laman sosialnya.

“Memandangkan saya tengah free, dengan berbesar hati saya terima tawaran itu,” coretnya di Instagram.

Perkongsian ahli politik berusia 47 tahun itu berjaya mencuri perhatian ramai.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menerima lakonannya dalam video tersebut dan mengakui bekas Menteri Kesihatan itu mempunyai banyak bakat.

Baca juga KJ jadi DJ Hot FM, netizen teruja tak sabar nak dengar

KHAIRY JAMALUDDIN

Ujar mereka;

“YB kebanggaan kita… walaupun tak menang kerusi parlimen tapi tetap menang di hati rakyat marhaen. Salute YB KJ multi task person.”

“Versatile person… semua dia boleh jadi.”

“Chief memang power la, walaupun chief dah tak ada kat politik, tapi chief dekat dengan kitorang.”

Iklan

Baca juga Hari pertama KJ menjadi DJ gamat, kongsi pengalaman menang ‘selfie’ tapi kalah undi

“Tak pelik kalau tetiba tercalon bintang paling popular tahun depan.”

“Bual hal la KJ, tinggal sikit job kek orang belakang, berbakat bosar arrr!”

Iklan

“Banyak sungguh kerja dia sekarang ni, love you YB!”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!