BAPA kanak-kanak lelaki yang dipercayai dicekik abang mengakui longlai apabila mengetahui anak ketiga sudah tiada.

Insiden memilukan yang menimpa kanak-kanak di Melaka ini menjadi perhatian ramai.

Ramai meluahkan simpati dan mendoakan keuarga di Kampung Bukit Piatu, Melaka Tengah itu tabah menerima kehilangan mangsa yang maut didakwa dicekik abang sulung.

Bapa mangsa, Najli Yakob, 42, yang bekerja sebagai tukang urut tidak menyangka momen gembira ketika makan tiga daripada empat beradik itu adalah kenangan terakhir bersama.

Lebih menyentuh hati, mangsa juga tidak menunjukkan sebarang perubahan malah kelihatan ceria termasuk ketika mereka bercuti bersama di Kuala Lumpur pada Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.

Baca juga: Tragisnya, abang 14 tahun cekik adik hingga maut, ibu nampak dari CCTV, berikut kronologi kejadian

Najli berharap kedua-dua pembuli anak sulung dikenakan tindakan.

Berikut info yang diperolehi daripada beliau berkaitan kejadian yang membabitkan anak sulung dan anak ketiganya:

1-Najli mengetahui berita kematian Muhammad Haziq Damiri Najli, 9, daripada isterinya yang bertugas sebagai jururawat.

2-Bapa itu menyatakan rasa bersalah kerana meninggalkan mereka berdua bersama. Najli juga mengakui lemah dan longlai selepas dihubungi isteri memaklumkan arwah telah tiada. Najli yang berada di Terengganu ketika itu bergegas pulang.

3-Bercerita lanjut, Najli mendedahkan anak ketiga dan anak sulungnya rapat.

4-Bagaimanapun, segalanya berubah selepas remaja terbabit didakwa menjadi mangsa buli di asrama sejak tahun lalu.

5-Anak sulungnya sebelum ini pernah memberitahu telah dibuli dan percaya kesan perbuatan tersebut menyebabkan remaja itu mengalami trauma hinggakan sering meracau.

5-Tidak hanya itu, Najli menjelaskan insiden mencekik yang berlaku bukan kali pertama.

6-Beliau dan isteri juga pernah dicekik anak sulung mereka sebelum ia meragut nyawa Muhammad Haziq Damir.

Baca juga: Adik ajal di tangan kakak gara-gara berebut tempat duduk dalam kereta, berikut kronologi kejadian

7-Biarpun reda dengan pemergian anak ketiga, Najli berharap kedua-dua pembuli anak sulung dikenakan tindakan agar tiada lagi pelajar menjadi mangsa dan melalui keadan yang terpaksa dilalui oleh anaknya hinggakan adik meninggal dunia.

8-Jenazah kanak-kanak lelaki itu dibawa ke rumah datuknya di Kampungku Sayang, Bukit Piatu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Piatu.

9-Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, remaja lelaki berusia 14 yang dipercayai mencekik adiknya itu tidak mempunyai seberang rekod masalah disiplin.

Iklan

10-Jelas beliau, suspek telah ditahan dan akan dimohon mendapatkan perintah reman. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini SinarPlus melaporkan tentang abang berusia 14 tahun disyaki mencekik adik yang berumur sembilan tahun.

Insiden mangsa yang tidak hadir ke sekolah pada hari ini kerana mengalami sakit mata disedari ibu selepas melihat paparan CCTV rumah melalui telefon bimbit.

Ibu berkenaan kemudian memaklumkan kepada jiran bahawa anak sulung dari empat beradik itu sedang mencekik adiknya.

Iklan

Jiran yang bergegas ke rumah berkenaan terkejut melihat mangsa terbaring di atas lantai dalam keadaan kebiruan.

Baca juga: Masih bawah umur, kakak tidak sengaja tikam adik bebas dengan jaminan, berikut kronologi sebenar kejadian

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!