ADIK menemui ajal di tangan kakak sendiri gara-gara berebut tempat duduk di dalam kereta. Demikian kejadian di Ulu Pulai, Ulu Choh, Iskandar Puteri, Johor baru- baru ini yang menjadi perhatian ramai.

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut dipercayai tertusuk pisau yang dibaling kakaknya akibat insiden pergaduhan.

Baca juga: Lompat dari sofa, dada tertusuk kaca meja, pemergian tragis kanak-kanak jadi perhatian. 5 info ini wajib tahu

Dalam kejadian yang berlaku pada 2.15 petang itu melibatkan remaja perempuan berusia 18 tahun.

Kredit foto: Bernama

 

Berikut adalah kronologi kejadian:

1-Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata kejadian itu berlaku dipercayai berpunca pergaduhan dua beradik selepas berebut tempat duduk di dalam kereta.

2-“Ibu mangsa mengatakan pada awalnya mangsa bergaduh dengan kakaknya disebabkan berebut tempat duduk dalam kereta semasa balik sekolah.

3-“Suspek mengaku telah baling pisau ke arah mangsa setelah diejek ketika masuk ke dalam rumah,” katanya.

4-Mangsa disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang dan akan bedah siasat akan dilakukan di Hospital Sultanah Aminah.

5-Remaja perempuan itu telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca juga: Lelaki tertusuk pisau di kepala kembali kerja selepas 3 hari, pernah ditembak tujuh kali

Peralatan tajam membawa musibah jika tidak digunakan dengan cara yang betul. Apatah lagi jika membabitkan jenayah dan kehilangan nyawa orang lain. Justeru, berhati-hatilah menggunakannya demi keselamatan diri dan orang sekeliling.

Selain itu, kawalan emosi sangat mustahak terutama apabila berhadapan provokasi daripada orang lain, kekecewaan dan persekitaran yang mengganggu.

Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, setiap indivdiu perlu mengawal kemarahan dan belajar menanganinya.

MyHealth menyarankan kemarahan dilepaskan melalui aktiviti latihan gerak fizikal senaman dan terapi mental. Sambil melakukan latihan tubi menumbuk misalnya, fikiran boleh dipusatkan kepada kemarahan dihadapi. Ia boleh menjadi alternatif untuk melepaskan perasaan.

Seseorang perlu meluahkan perasan marah secara wajar dan tegas dan tanpa menyimpannya di dalam hati.

Jangan menghentak-hentak atau menghempas barang apabila marah. Akan tetapi perlu berhati-hati melakukannya supaya tidak melukakan perasan orang lain atau merosakkan diri sendiri.

Baca juga: Lelaki tertusuk pisau di kepala kembali kerja selepas 3 hari, pernah ditembak tujuh kali

Kredit foto: Pexels

Anda boleh menenangkan diri anda dengan mengawal perilaku luaran dan tindak balas dalaman anda melalui kaedah 3B iaitu Berhenti, Berfikir dan Bertindak seperti berikut:

1-Berhenti dan panjangkan dan perlahankan helaan nafas. Akui pada masa itu anda sedang marah dan cuba bertenang.

2-Berfikir untuk menerima apa yang telah berlaku dengan hati yang terbuka agar jiwa akan menjadi tenang.

Iklan

3-Bertindaklah untuk memperbetulkan keadaan dengan pilihan paling baik dan bijaksana.

Selain daripada itu, anda juga boleh mengawal kemarahan dengan cara berikut:

i-Berjenaka untuk menghilangkan perasaan itu.

ii-Menerima kenyataan tiada manusia yang sempurna. Sifat pemaaf ini akan menghilangkan rasa marah yang timbul.

iii-Melalui penulisan jurnal dengan mencatat mengenai perasaan marah yang dialami.

iv-Jika perasaan marah tidak hilang, cuba untuk melelapkan mata kerana tidur dikenal pasti dapat meredakannya.

Iklan

Satu cara lagi ialah apabila datangnya marah, semasa anda berdiri, maka duduklah. Sekiranya duduk, maka bersandarlah, semoga kemarahan akan mulai reda.

Rasa marah adalah normal. Justeru, setiap individu perlu mengawal kemarahan agar ia tidak membinasakan diri sendiri dan orang sekeliling.

Baca juga: Ibu temani anak demam tidur ditikam hingga bocor paru-paru, ini kronologi kejadian

Sumber: BERNAMA, Sinar Harian, MyHealth

Kredit foto utama: Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi