MASIH di bawah umur, remaja perempuan yang secara tidak sengaja tertikam adik lelakinya dengan pisau sehingga maut pada 19 Oktober lalu telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kanak-Kanak.

Remaja berkenaan berdepan dengan pertuduhan tanpa niat menyebabkan kematian adiknya di rumah mereka di Kampung Pulai, Ulu Choh, Iskandar Puteri, Johor.

Baca juga: Adik ajal di tangan kakak gara-gara berebut tempat duduk dalam kereta, berikut kronologi kejadian

Dilaporkan bahawa remaja perempuan ini bergaduh dengan adiknya sepanjang berada di dalam kereta ketika pulang dari sekolah. Mungkin kerana hilang sabar kerana diejek, remaja berkenaan kemudiannya bertindak membaling pisau ke arah adiknya ketika memasuki rumah menyebabkan remaja lelaki itu meninggal dunia.

Baca juga: Tertusuk objek tajam, elak cabut. Jururawat kongsi 7 langkah elak pendarahan teruk ancam nyawa

Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adik remaja berkenaan disebabkan tusukan hujung pisau pemotong sayur terkena pada saluran darah utama (arteri) dan menyebabkan berlaku pendarahan yang banyak hingga menyebabkan kematian.

Tertuduh yang berusia 17 tahun 11 bulan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Zuhainie Zull Kafli. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang merupakan anak sulung daripada lima beradik itu didakwa menyebabkan kematian adik lelakinya yang berusia 16 tahun yang mana dia mengetahui perbuatannya itu mungkin menyebabkan kematian mangsa.

Kes berkenaan yang sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan juga telah dipinda kepada 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh, namun pihak peguam bela memohon jumlah jaminan itu dikurangkan atas alasan tertuduh masih remaja dan tidak mempunyai sebab untuk melarikan diri. Tertuduh juga bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Mac tahun depan.

Baca juga: Al-Waqiah, Yasin ikhtiar, makanan rohani setiap hari, gadis dedah rahsia keputusan terbaik STPM kebangsaan

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta dengan syarat tambahan dia perlu melapor diri di Balai Polis Gelang Patah setiap bulan. Difahamkan, bapa tertuduh membayar ikat jamin berkenaan dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 5 Disember depan.

Memetik info menerusi video dalam satu wawancara, ibu tertuduh dan mangsa yang identitinya enggan didedahkan berkongsi cerita tentang situasi sebenar yang berlaku pada hari kejadian.

Berikut adalah kronologi tragedi kakak tertikam adik lelakinya sehingga maut:

1. Pada hari kejadian, si ibu menjemput kakak terlebih dahulu di sekolahnya kemudian barulah pergi mengambil arwah dan seorang lagi anak di sekolah lain.

2. Ketika masing-masing dalam perjalanan pulang ke rumah daripada sekolah, pada awalnya kedua-dua adik beradik itu hanya bergaduh mulut

Baca juga: Resipi adik beradik jadi lebih mesra, ibu bapa jangan jadi toksik

Iklan

3. Semasa arwah masuk ke dalam kereta, arwah bertanya mengapa ibunya lambat dan si ibu menjelaskan beliau pergi mengambil kakak terlebih dahulu. Si adik hanya diam selepas itu.

4.Adik beradik berkenaan tidak berebut kerusi seperti yang didakwa. Si adik meminta kakaknya menaikkan kerusi namun ada sedikit berlaku pertelingkahan antara keduanya.

5. Selepas insiden pergaduhan mulut, sepanjang perjalanan mereka hanya senyap. Sehinggalah mereka tiba di rumah, si ibu menekan hon kereta bagi memanggil anak keempat untuk dihantar dari transit ke sekolah agama.

6. Tidak lama selepas itu si adik keluar dan menjerit sebab melihat arwah sudah berlumuran darah.

7. Ibu bertanya kepada remaja perempuan itu apa yang telah dilakukannya. Keadaan kakak pada ketika itu sangat panik dan meminta maaf kepada arwah.

8. Si ibu cuba menenangkan kakak dengan berkata anaknya itu tidak sengaja. Katanya lagi, situasi itu berlaku dengan pantas.

Iklan

9. Ibu berkenaan berkata, ketika itu peralatan tajam berkenaan berada berhampiran. Maka ia terus dicapai oleh si kakak lalu dibaling ke arah adiknya.

Baca juga: 7 tanda anda ibu bapa narsistik, jangan sampai hidup anak jadi tertekan

Kredit: Sinar Harian, TikTok lirahs.dhoms

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi