Bapa muda beri bayi minuman keras ditahan, ada 14 rekod jenayah lampau

A
A
A

SUSULAN tular rakaman video di media sosial seorang lelaki yang memberikan minuman keras kepada bayi berusia lima bulan telah ditahan polis Pulau Pinang.

Menerusi video berdurasi 30 saat itu kelihatan lelaki terbabit dipercayai bapa kepada bayi menyuap air dari tin yang tertera label jenama minuman keras.

Video berkenaan menerima pelbagai kecaman daripada warganet. Rata-rata berang dengan tindakannya yang disifatkan tidak bertanggungjawab pada si kecil.

Bagaimanapun, lelaki berusia 19 tahun itu telah ditahan di sebuah rumah di Teluk Bahang, Pulau Pinang kira-kira pukul 1.30 tengah hari Selasa.

 

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, bapa muda itu mempunyai rekod jenayah lampau.

“Hasil siasatan mendapati lelaki tersebut mempunyai 14 rekod kenayah lampau dan merupakan orang pengawasan polis (OPP) di kawasan Teluk Bahang.

“Sementara itu, bayi tersebut telah dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1988.

Baca juga Pipi Bayi Tertoreh Pisau Ketika Caeser, Terima 13 Jahitan

Terdahulu tular video berdurasi 30 saat memaparkan tindakan seorang lelaki menyuap arak kepada bayi.

Diharapkan perkara seumpama ini menjadi iktibar kita bersama. Ibu bapa perlu menjaga dan mengawasi anak-anak dalam pelbagai aspek.

Jangan mengambil ringan soal pemakanan khususnya yang boleh menjejaskan kondisi kesihatan mereka.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca