Bayi maut retak kepala, lepas 15 minit hantar ke rumah pengasuh. Warganet titip doa

Bayi maut retak kepala, lepas 15 minit hantar ke rumah pengasuh. Warganet titip doa
Bayi maut retak kepala, lepas 15 minit hantar ke rumah pengasuh. Warganet titip doa
A
A
A

"INILAH ciuman abi dan ummi yang terakhir untuk anak kesayangan abi Khaleel Islam."

Begitulah perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Ehafizuddin Musa segelah kehilangan anak tercinta.

Ibu bapa mana tidak rasa terkilan dan sedih tatkala berhadapan dengan pemergian anak yang ditatang bagai minyak penuh.

Dek peribaha lama, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

Itulah situasi dialami pasangan muda di Terengganu apabila anak mereka disahkan meninggal dunia sekelip mata.

Mohon si ayah agar orang ramai sedekahkan surah al-Fatihah untuk anak kesayangan beliau.

"Assalamualaikum semua sahabatku yang mulia. Sudilah sedekahkan bacaan al-Fatihah untuk anakku Khaleel Islam bin Mohamad Ehafizuddin yang sudah kembali ke rahmatullah.

"Sesungguhnya adik Khaleel penghuni syurga yang pasti akan berbakti kepada orang tuanya kelak. Adik panggillah abi dan ummi nanti di pintu syurga. Abi dan ummi akan tunggu panggilan adik.

"Terima kasih ALLAH pinjamkan rezeki yang tidak ternilai ini selama satu tahun, dua bulan dan 29 Hari.

Cuai? Alpa? Lagi kanak-kanak maut tertinggal dalam kereta

"Abi dan ummi serta kakak Dhuha sangat gembira dengan kehadiran adik. Kami pasti akan rindu semua gelagat adik. Besar ujian ni dik tapi abi dan ummi reda pemergian adik dan yakin dengan qadar dan qada ALLAH.

"Rehatlah adik, buat sahabatku mohon doakan kami kuat menghadapi dugaan besar ini," pintanya.

Menjengah ruangan komen posting Ehafizuddin, rata-rata mendoakan pemergian arwah anaknya. Ada antara rakan yang kagum melihat kekuatan pasangan suami isteri tersebut menempuhi dugaan kehilangan anak.

Sementara itu, akhbar tempatan melaporkan bayi lelaki berusia 14 bulan terbabit mengalami pendarahan dan retak kepala.

Mangsa dikatakan dihantar bapanya berusia 30 tahun ke rumah pengasuh pada pukul 10.15 pagi sebelum bergerak ke kedai makan.

Bagaimanapun, 15 minit kemudian, lelaki berkenaan menerima panggilan daripada isterinya memaklumkan anak mereka mengalami masalah di rumah pengasuh.

Bayi tersebut dipercayai terjatuh dari katil di rumah pengasuh di Paka, Terengganu dan disahkan meninggal dunia malam kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, mangsa menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kanak-Kanak, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada pukul 10 malam.

Baca juga Cadang ‘abang burger’ buka gerai siang hari, tak putus sumber pendapatan tempoh PKP3.0

Menurutnya, mangsa yang sebelum itu tidak sedarkan diri terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HSNZ Kuala Terengganu kira-kira pukul 5 petang pada 23 Mei lalu.

Katanya, pemeriksaan terhadap badan mangsa tidak menemui sebarang kecederaan fizikal. Namun pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) mendapati bayi itu mengalami pendarahan pada ubun kepala dan keretakan belakang kepala.

Kata Baharudin lagi, hasil soal siasat, pengasuh wanita berusia 24 tahun memaklumkan mangsa terjatuh secara terlentang dari katil dengan kepala terhentak di lantai ketika bermain.

Ujar beliau, pada mulanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001, tetapi kini disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat. Suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

Salam takziah kepada keluarga arwah adik Khaleel Islam, semoga keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca