BURGER merupakan menu jalanan yang mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia lazimnya dijual di gerai yang beroperasi pada sebelah malam.

Sajian tersebut hadir bersama kepingan daging (digoreng, dikukus, dipanggang atau disalai), inti sayur-sayuran, sos dan dua keping roti burger berbentuk bulat ataupun bujur. Selalunya kepingan daging diperbuat daripada daging lembu, ayam dan kambing. Memang sedap!

Barangkali, penyediaannya yang mudah dan cepat sebahagian besar individu khususnya anak muda cenderung menjalankan bisnes gerai burger sebagai mata pencarian.

Operasi kebiasaannya bermula sekitar pukul 6 petang sehingga awal pagi.

Namun begitu, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) ketika ini, nampaknya peniaga burger mula menzahirkan kebimbangan.

Mengikut prosedur operasi standard (SOP) pihak Majlis Keselamatan Negara menetapkan restoran, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk dibenarkan beroperasi antara pukul 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

Memahami situasi getir dialami peniaga burger, warganet mencadangkan supaya perniagaan burger mula beroperasi pada waktu siang.

Antara yang berkongsi idea ialah:

Aida Sue: “Boleh normalize jual burger siang hari, sebab sometimes orang nak makan light je dan simple. Kalau ada sides pun okay. Kalau tak, takkan McD penuh je sokmo lunch hour.”

“Ni aku letak nota, kalau yang buka siang, tak semestinya peniaga burger yang sama meniaga malam. Ikutlah sapa sapa pun boleh buat. Untuk orang yang putus mata pencarian, boleh cuba.”

@bloodwitch: “Betul!! Memang selalu berharap je ada yg jual burger masa lunch.. Jual la fries sekali or simple drinks.. package mudah beli dalam RM5.”

@mesiam: “Kalau kat pesta, konvo, hari sukan etc. Laku pulak gerai burger. Kena normalize beli burger siang hari.”

@beehassan2: “Betul. Kadang-kadang teringin nak makan burger tepi jalan time lunch hour. Sebab selalunya balik keje baru nampak dia buka. Hari hari tengok lama lama teringin.”

@rarasells: “Maybe boleh letak burger dalam bekas plastik orang letak nasi tu pastu offer add ons macam fries or some chicken nuggets. Sekadar cadangan, mungkin boleh membantu.”

@saudagarunta: “Betul, admire food truck kat oversea… jual burger/snack tengahari… boleh praktik disini.”

@naddyrazman: “Area rumah saya buka 3.30pm – 8pm. Balik kerja ramai orang beli.”

Iklan

Bagaimanapun, ada juga yang berpendapatpeniagaan burger lazimnya dilakukan sebagai kerja sampingan bagi mereka yang bekerja tetap di sebelah siang.

Situasi itu sedikit sebanyak menyukarkan mereka berniaga burger pada siang hari. Bicara mereka:

@txhyungvi: “Boleh jual pagi kalau peniaga tu takde ape2 komitmen waktu pagi like kerja full time. Kebanykan yg bukak gerai beger ni sebab nk side income thats why bukak malam. Pagi keje malam niaga.”

@adatu76: “Kebanyakan yang bukak malam tu part time lepas office hour baru bukak.”

Namun, ada jua reaksi daripada peniaga yang berkongsi pengalaman menjual burger pada waktu siang tiada mendapat sambutan seperti operasi sebelah malam.

Iklan

“Saya dah try buka siang hari few months. Mula-mula viral je laju. Bila dah tak viral. Slow balik. So kena jual air balang juga untuk cover sales and losses. Kesimpulannya, orang yang suka makan burger waktu siang, tak ramai,” kata peniaga burger @hanifmz

Tidak kurang juga yang mencadangkan perniagaan burger dilakukan di rumah dan dipromosikan menggunakan media sosial seperti WhatsApp.

“Buat macam kat taman rumah saya bang.. letak dalam watsap taman.. open order terus hantar rumah.. laku keras brader tu jual beger.”- @ajmalghassani

Pun begitu, apa sahaja perniagaan yang dijalankan untuk mencari sumber pendapatan kita pasti mendapat pulangan sekiranya terus berusaha dalam pelbagai cara.

Promosi dan cara jualan boleh dipelbagaikan menggunakan media sosial mengikut waktu SOP ditetapkan kerajaan.