Bayi terpaksa dikeluarkan awal, ibu positif Covid-19 masih di ICU. Warga maya mendoakan Dr Fatihah segera sembuh

Menurut bapa saudaranya, Mohd Ali Mohd Derus, ujian yang dilalui doktor berkenaan cukup getir, apatah lagi beliau kini mengandung 29 minggu.
Menurut bapa saudaranya, Mohd Ali Mohd Derus, ujian yang dilalui doktor berkenaan cukup getir, apatah lagi beliau kini mengandung 29 minggu.
A
A
A

"SEMAKIN teruk ayah, ini pun tunggu nak masuk ke ICU (unit rawatan rapi). Doakan yang terbaik untuk Tehah."

Begitulah ungkapan terakhir seorang doktor yang dilaporkan terpaksa ditidurkan di ICU baru-baru ini.

Portal tempatan melaporkan, pesanan WhatsApp itu dikirimkan Dr Fatihah Shahrudin, 29, kepada ayahnya, Shahrudin Abu Bakar berusia 56 tahun sebelum beliau dimasukkan ke ICU Hospital Sungai Buloh akibat positif Covid-19 sejak seminggu lalu.

Lebih memilukan, Dr Fatihah terpaksa bertarung dengan Covid-19 dalam keadaan sedang hamil.

Menurut bapa saudaranya, Mohd Ali Mohd Derus, ujian yang dilalui doktor berkenaan cukup getir, apatah lagi beliau kini mengandung 29 minggu.

"Tapi, Alhamdullilah malam tadi doktor (di Hospital Sungai Buloh) memaklumkan bayinya selamat dilahirkan.

"Bayi terpaksa dikeluarkan lebih awal bagi mengelak sebarang komplikasi lebih," katanya.

Tambahnya, Dr Fatihah yang bertugas di Hospital Kajang, tidak mengendalikan pesakit Covid-19.

Beliau pada mulanya dimasukkan ke Hospital Kajang 30 Mei lalu selepas dikatakan dijangkiti kuman pada paru-paru sebelum disahkan positif sehari selepas itu.

Bagaimanapun, pada 3 Jun, Dr Fatihah dipindahkan ke ICU hospital sama sebelum dihantar ke ICU Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Tutur Mohd Ali, selain pengaman perubatan berkenaan, ahli keluarga lain termasuk suami, dua

anaknya dan ibu bapa beliau turut disahkan positif dan kini menjalani tempoh kurantin di rumahnya.

Mengulas lanjut, Mohd Ali menjelaskan, mereka sekeluarga tidak putus-putus mendoakan supaya Dr

Fatihah dan keluarga segera pulih dan mengharapkan pandemik cepat reda.

"Mohon semua untuk doakan Dr Fatihah dan keluarganya. Terima kasih petugas barisan hadapan dan doktor yang terus gagah menyempurnakan tugas merawat pesakit yang dijangkiti.

"Semoga mereka juga dilindungi daripada jangkitan ini," doanya.

Baca juga “Dada Bagaikan Ditindih, Kaki Tangan Kebas. Paru-Paru Belum Stabil”- Marsha Kongsi Pengalaman Dijangkiti Covid-19

Ini senarai negara yang melaporkan varian baru Covid-19, B.1.1.7

Sementara itu, kisah Dr Fatihah turut dikongsi menerusi laman sosial Twitter Public Health Malaysia.

Menjengah ke laman sosial berkenaan, rata-rata warganet menzahirkan doa buat Dr Fatihah, bayi dan keluarga.

Umum mengetahui, jangkitan Covid-19 di negara kita masih mencatatkan jumlah ribuan kes setiap hari.

Golongan paling berdepan risiko jangkitan tersebut antaranya barisan hadapan petugas perubatan yang sentiasa bertungkus-lumus memberikan rawatan kepada pesakit.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca