Beg ditemui tidak jauh dari mayat kanak-kanak tertimbus, bila dibuka isinya amat memilukan
BANJIR meragut puluhan nyawa. Angka korban keseluruhan di Selangor dan Pahang mencecah 39 individu setakat ini.
Salah satu insiden banjir tragis yang menyentuh hati berlaku di sebuah resort di Bentong.
Susulan kejadian kepala air, dua jasad telah ditemui setakat ini iaitu seorang wanita dan kanak-kanak lelaki.
Kejadian itu turut yang disiarkan Buletin Utama. Wartawan bertugas, Juliana Shahrin yang menyertai misi SAR menunjukkan lokasi dua jasad yang ditemui di mana masing-masing dihanyutkan arus sejauh 200 meter dan 800 meter dari lokasi resort berkenaan.
Baca juga: [VIDEO] Ibu Bersalin Dengan Bantuan Jiran Dalam Banjir Aras Leher Runtun Hati Ramai
Salah seorang ialah kanak-kanak lelaki berusia enam tahun. Jasadnya ditemui di bawah timbunan kayu.
“Ketika operasi mencari dan menyelamat, pihak polis dan anggota bomba menjumpai beg peribadi dipercayai milik mangsa.
“Sangat memilukan yang mana isinya adalah permainan. Antaranya anak patung, kereta permainan dan topi.
Baca juga: [10 FOTO] Situasi Banjir Di Pahang Menggerunkan, Ribuan Kediaman Dinaiki Air
Menurutnya, kejadian itu melibatkan beberapa kanak-kanak dan salah seorangnya berusia enam tahun yang mana mayatnya ditemui di kawasan tersebut.
Bagaimanapun kata Juliana, beg tersebut tidak dapat dipastikan pemiliknya sama ada mangsa atau pun tidak.
“Kalau dilihatkan kepada isi dalam beg, permainan ini sangat memilukan,” katanya kelihatan sebak menahan tangisan.
Paparan itu turut meruntun perasaan warga Twitter. Rata-rata mengakui tersentuh dan membayangkan situasi mangsa yang masih kecil ketika kejadian.
— Shahrul (@shahrulhambali) ?ref_src=twsrc%5Etfw">December 23, 2021
- “Benda lain saya boleh tahan. Tapi bab kanak-kanak ini saya tidak mampu menahan perasaan. Terkapai kapai dalam banjir akhirnya lemas. Anak hilang ibu bapa itu biasa tetapi ibu bapa hilang anak tidak terbayang pilunya.”
- “Kasihannya nasib kanak-kanak. Rasa sedih yang teramat sebab tidak dapat diselamatkan.”
- “Tidak dapat dibayangkan jika ia berlaku kepada anak saya.”
Difahamkan pihak penyelamat masih meneruskan misi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi individu yang dikhuatiri dibawa arus kepala air pada 18 Disember lalu.
Sementara itu, angka korban banjir di Pahang setakat ini membabitkan dua mangsa di Kuantan manakala tujuh lagi di Bentong.
Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi kehilangan ini.
Jom follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: Buletin Utama TV3,Bernama
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang