Belajar hingga tertidur di meja, ibu tetap bangga anak tak dapat A SPM

A
A
A

BARU-baru ini tular perkongsian seorang ibu di laman sosial TikTok yang menyatakan bahawa dia tetap bangga dengan keputusan SPM diperoleh anaknya itu kerana tahu anaknya itu belajar hingga tertidur di meja.

Rakaman dimuat naik oleh @ctnoorismail memaparkan momen-momen anaknya yang sedang bersedih selepas mengambil slip keputusan peperiksaan.

Video berdurasi 33 saat berkenaan memperlihatkan si anak sedang ditenangkan oleh lima orang rakan.

Di dalam kapsyen video terbabit, wanita itu menyifatkan perwatakan anaknya begitu ramah, rajin, namun apabila berkaitan dengan pelajaran, dia agak perlahan untuk memahami.

Turut mengundang sebak apabila Noor memerhati setiap air mata yang mengalir itu sebenarnya perit untuk ditelan. Sebagai seorang ibu, dia menjadi saksi melihat usaha yang diberikan anaknya itu.

Baca juga: Ibu tunggal 10A SPM bangkit sambung belajar, tak sangka dapat biasiswa

“Ibu tahu perit sebenarnya, pagi petang belajar sampai tertidur di meja belajar. Awak dah cuba yang terbaik, tak dapat A bukan bermakna tidak berjaya,” tulis Noor.

@arengahismail dia seorang yg ramah, rajin, bab belaja mmg slow tp alhamdulillah keputusan SPM dia Lulu's. .tp dia kecewa A x de. ibu bukan nak A tapi cukup sekadar Lulu's dah memadai... alhamdulillah tahniah anak ibu#redha#fypシ#tahniahspm2021♬ original sound - ctnoorismail

Noor akui sayu melihat puterinya itu menangis gara-gara melihat kawan-kawan memperoleh A sedangkan dia sebaliknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa bangga terhadap remaja perempuan berkenaan.

“Tak apa dik… ini hanya permulaan, masih panjang lagi perjalanan hidup, moga berjaya di masa akan datang.”

“Tak apa dik… belajar rajin-rajin, kami sahabat doakan adik berjaya suatu hari nanti.”

“Tak bermakna gagal, awak dah usaha. Insya-ALLAH. Semoga berjaya walaupun tiada A.”

“Tahniah dik awak berjaya jadi anak yang baik untuk ibu awak... tu dah berjaya sebenarnya..

“Tak apa dik. Ada peluang lebih besar lagi untuk awak, jangan kecewa.”

Sikap terpuji ibu ini patut dicontohi. Tidak semua ibu bapa kini bersikap sedemikian. Menerusi tinjauan SinarPlus, terdapat segelintir calon SPM 2021 meluahkan rasa sedih gara-gara sikap kedua ibu bapa yang kecewa kerana tidak memperoleh ‘straight A’.

Berikut adalah tiga cara yang dicadangkan oleh Forbes untuk ibu bapa membimbing anak-anak yang gagal, ini yang perlu diketahui:

Baca juga: [VIDEO] Straight 'A' UPSR hingga SPM, pelajar cemerlang jadi pengawal keselamatan demi rezeki halal

1. Ibu bapa seharusnya menjelaskan tentang takrifan sebenar kejayaan. Contohnya, terdapat perbezaan besar antara menjadi yang terbaik dan memberikan yang terbaik. Jelaskan kepada mereka bahawa cuba menjadi yang terbaik namun gagal akan membawa kepada kemurungan. Namun, memberi yang terbaik dan gagal akan membawa kepada kepuasan.

2. Ibu bapa hendaklah menjelaskan kepada anak agar menggunakan kegagalan ini sebagai satu peluang dan batu loncatan memperbaiki diri.

3. Ceritakan kepada anak tentang kegagalan yang pernah anda hadapi. Namun, gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya.

Sebagai ibu bapa, kita seharusnya tetap bangga dengan pencapaian anak. Pada saat mereka sedih dan kecewa, ucapan penghargaan dari kedua orang tua itu yang paling dinanti-nantikan.

Sumber: Forbes

Baca juga: Hadapi cabaran susulan kontroversi lawak rogol, Ain Husniza raih 7A SPM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca