BERGELAR ibu tunggal bukan penghalang untuk terus menggapai impian. Asalkan cekal dan tidak putus asa, apa sahaja yang diusahakan pasti akan berbuah kejayaan.

Seperti ibu muda ini, Izzah Hadi, 23, yang berkongsi bagaimana perjalanannya selepas penceraian sehingga mendapat ilham untuk menyambung pelajaran.

Menerusi laman sosial Instagram, dia bertanyakan kepada warga maya cara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang rekaan fesyen dan mendapatkan tajaan bagi mmenampung kos pengajian.

“Kalau ade suggestions, advices, experiences boleh share memudahkan lagi perjalanan further study dan urusan saya insha-ALLAH.

“Jurusan rekaan fesyen dan saya perlukan tajaan pendidikan,” katanya.

Baca juga: Miliki 23 adik-beradik, hidup susah, Wawa Zainal menitiskan air mata imbas jatuh bangun hidup

Menurut ibu kepada seorang cahaya mata perempuan itu,  dia pernah hampir menyambung pelajaran namun tidak mempunyai minat dalam bidang tersebut. Kata Izzah, sebaliknya dia bekerja sebagai pengurus bidang makanan dan minuman (F&B).

“Dahulu masa bekerja sebagai pengurus F&B, boleh bagi duit dan bawa family jalan. Seronok kerja kerana boleh buat orang sekeliling happy. Justeru, saya terus stop study dan bekerja sahaja,” katanya.

Dia juga berkahwin ketika berusia 18 tahun namun jodohnya hanya bertahan enam tahun sahaja.

Katanya, banyak perkara yang berlaku menyebabkan hidupnya kacau bilau sehingga berada dalam fasa paling bawah dalam hidup. Namun Izzah mengambilnya dari sudut positif. Sehingga kini satu persatu hikmah muncul di depan mata.

“Kini saya dapat peluang dan rasa jalan itu lebih mudah. Yakin untuk ambil bidang diminati. Walaupun lambat daripada orang lain tapi it’s OK,” katanya.

Kata ibu kepada seorang cahaya mata itu, segala dalam kehidupan telah disusun ALLAH.

“Kita kena lebih banyak bersyukur daripada mengeluh. Yakin dengan ketentuan dan Dia adalah Maha Perancang.

“Ada perkara yang nampak buruk tetap hakikatnya ia baik dan ada perkara nampak baik tetapi hakikatnya buruk untuk kita.

“Terus yakin dengan Dia, setiap yang berlaku pasti ada hikmah-Nya. Banyakkan bersyukur dan selalu berdoa,” titip Izzah.

Dalam satu hantaran lain, Izzah berkongsi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperolehinya pada tahun 2016.

Wanita itu memiliki keputusan cemerlang yang mana 10 subjek yang diambil mencatat keputusan A, cemerlang dan cemerlang tinggi.

Selepas menyuarakan hasrat menyambung pelajaran, segalanya menjadi mudah dan seolah dilorongkan.

Iklan

Izzah berkongsi telah mendapat tajaan pendidikan daripada universiti swasta dalam bidang rekaan fesyen.

“Alhamdullilah lancar sahaja proses saya untuk menyambung pelajaran. ALLAh tolong lepaskan segala perit susah saya lalui. Benarlah setiap kesusahan pasti akan ada kesenangan .

“Tak dapat dinafikan saya ‘lost’, sudah tidak dapat di atas landasan yang betul, tujuan sebenar hilang daripada apa yang saya hendak.

“Tetapi , apabila saya terus kuat berjuang, ALLAH bantu permudahkan segala urusan.

“Tak sangka dapat biasiswa Limkokwing. Ia adalah cadangan daripada emak kepada saudara,” titip Izzah.

Enggan berada di tempat yang sama, wanita bersemangat kental itu terus memajukan diri dan ingin memberi inspirasi dalam rekaan fesyen yang patuh syariah.

“Saya ingin bangkit, kejar semula apa yang diimpikan. Ingin memberi inspirasi kepada orang lain untuk mendengar lagu-lagu baik, memakai pakaian yang cantik dan baik , bersukan mengikut syariat.

Iklan

“Saya ingin memberikan inspirasi kepada anak muda untuk membina kemahiran. Saya tidak mahu impian ini padam insha-ALLAH. Perlahan-lahan mahu memperbaiki diri. Moga ALLAH membimbing saya menjadi orang yang memberikan manfaat kepada orang lain,” kata Izzah.

Warga maya rata-rata memberikan semangat buat ibu muda itu untuk menggapai impiannya.

Justeru, buat ibu tunggal lain, jangan putus harapan. Terus memajukan diri demi anak dan keluarga. Ketepikan segala halangan dan usah lepaskan peluang yang ada. Moga apa yang dicita-citakan berjaya digenggam.

Baca juga: Suami halau isteri gara-gara masak lemak cili padi terlebih kuning, ini cerita peguam syarie

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI