Beratur panjang depan kedai pajak gadai rentap hati warganet…

No Image Caption
A
A
A

SAYU…itulah ungkapan pertama yang boleh dizahirkan apabila melihat orang ramai mula bersesak di kedai pajak gadai dan menunggu giliran selepas sehari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

Rata-rata pengguna media sosial turut berkongsi gambar dan video orang ramai yang sanggup beratur panjang bagi menunggu giliran.

Perkongsian berkenaan bukan sahaja melibatkan kedai pajak gadai di sekitar Kuala Lumpur, malah beberapa negeri lain seperti Perlis, Terengganu dan Perak.

Beberapa pengguna media sosial turut berkongsi rasa sedih dengan situasi itu.

Menerusi akaun Twitter @AzammAmiri, pentingnya simpanan emas sebagai backup kewangan masa depan.

Sementara itu, @_joni_joni_joni menerusi platform media sosial sama berkata, sedih je tengok orang beratur panjang kat kedai pajak gadai.

“Harap harap tak gadai barang kemas kahwin,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna Twitter @NoorakmalAzren turut berkongsi di ruangan komen, ada juga yang pergi gadai tadi.

“Masa tuggu turn nak masuk kedai lain sempat borak-borak dengan yang beratur tu katanya tak kerja, majikan tak bagi gaji, tak ada duit nak buat belanja dapur,” tulisnya.

Semoga segala urusan mereka dipermudahkan dan diberi kekuatan dalam waktu-waktu yang sangat mencabar ini.

#PastiAdaSinar

Foto: Sumber Internet

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca