KERANA mulut badan binasa! Begitulah perumpamaan yang boleh dikatakan kepada seorang lelaki ini.

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok dan laman sosial sebuah video dipercayai seorang peminat bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Video berdurasi 33 saat itu dimuat naik di laman sosial Tiktok sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 antara Kuala Lumpur (KL) City FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) baru-baru ini.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan membuat kenyataan yang dia sanggup berbogel dari Kuala Lumpur (KL) hingga ke Johor sekiranya KL City FC menewaskan JDT dalam perlawanan berkenaan.

“Malam ini (kelmarin) Johor lawan KL. Ok bro macam ini bro, kalau KL boleh kalahkan Johor, aku bogel dari KL sampai Johor.

“Bogel tau. Aku bogel. Serius cakap punya. Bukan sembang. Tak pernah dalam sejarah KL boleh kalahkan Johor. Aku bogel dari KL sampai Johor,” katanya menerusi video terbabit.

Setelah itu, netizen mula mencarinya untuk menuntut dia menunaikan janjinya untuk berbogel.

"Berdosa siapa kecam saya" - Janji lelaki bogel KL ke Johor tetap dituntut ramai

Namun selepas itu individu berkenaan ada memuat naik sekeping gambar dengan berbaju T kuning menulis “minta maaf..tak jadi bogel KL ke Johor… saya ada sesak nafas.” tulisnya.

Dalam pada itu, dia sekali lagi memuat naik video berdurasi 11 minit mengatakan “Mana-mana yang kecam aku tu, berdosa, berdosa, berdosa”.

Namun video berkenaan telah dipadam tetapi sempat ditangkap layar netizen.

Rata-rata warga maya mengecam tindakan beraninya itu dan meminta dia bertindak menunaikan janji yang diberikan.

Iklan

Baca juga Warkah terakhir seorang ibu tular, sebelum meninggal dunia titip pesanan memilukan

Terbaharu, dia juga tampil berkongsi satu video sedang menyuap makanan ke mulut seorang kanak-kanak lelaki pagi tadi dengan latar belakang lagu sedih.

Hantaran tersebut bagaimanapun tidak meredakan kecaman orang ramai terhadapnya. Ramai yang terus mengasak dia agar terus menunaikan janji yang di katakannya beberapa hari lalu.

Iklan

Begitulah, cakap jangan sebarang cakap ya. Jika berjanji perlulah ditepati!