BERKAT doa ibu membawa rezeki. Seorang pemuda tular di laman sosial memenangi hadiah cabutan bertuah berupa pakej umrah.

Tuah ayam boleh dilihat, tuah manusia siapa yang tahu. Demikian yang sesuai menggambarkan Muhammad Akmal Firdaus Hushaimi, 23, yang memenangi hadiah cabutan bertuah pakej umrah selepas membeli baju Melayu jenama terkenal.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, ibunya, Norharizan Uda Osman, 49, telah membaca doa sebelum menebus cabutan bertuah melalui laman web rasmi jenama pakaian berkenaan.

“Dengan nama ALLAH, aku bertawakal kepada ALLAH. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) ALLAH,” ucap si ibu.

Namun, mereka sekeluarga terkejut melihat paparan laman web berkenaan menunjukkan memenangi pakej berkenaan.

Baca juga: Doa &  amalan ibu bapa untuk anak hadapi peperiksaan. Pelajar buntu, lupa atau tiada ilham, baca ini!

Baca juga: Waktu berdoa paling mustajab hari Jumaat, ibu-ibu jangan lupa gunakan sebaiknya

Jelas pada wajah, mereka anak-beranak juga nampak terkejut dan tidak percaya dengan rezeki yang diterima.

“Tahniah, anda telah memenangi pakej umrah. Klik untuk maklumat lanjut.”

Keluarga itu yang pada mulanya mereka sekadar mencuba nasib teruja dan terkejut dengan cabutan bertuah yang dimenangi.

“Ya ALLAH macam tak percaya. Rezeki mama dapat hadiah umrah.

“Jarang betul bertuah  begini, terima kasih,” kongsinya.

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1 juta tontonan dan hampir 100,000 tanda suka.

Baca juga: Mustajab ke doa ibu angkat?

Baca juga: Anak jadi nakal sebab doa ibu bapa… Berhati-hatilah bila berkata-kata apalagi ketika sedang marah

Rata-rata warga maya terharu melihat reaksi mereka sekeluarga dan menganggap kurniaan rezeki itu hasil keberkatan doa ibu.

Biarpun doa yang dibacakan pendek dan ringkas, kesannya amat luar biasa dengan izin-NYA. Ujar mereka:

Iklan

“Tahniah! Sebaknya tiap kali tengok video ini.”

– “Doa ibu dan tangan ibu. Saya pun pernah minta mak aku spin lucky draw, dapat hadiah.”

– ” Bismillahi tawakkaltu ‘alallah la haula wa la quwwata illa billah (Dengan nama ALLAH, aku bertawakal kepada ALLAH. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) ALLAH) Jom amal.”

– “The power of doa.”

– “Tahniah, rezeki yang diatur cantik oleh ALLAH.”

Iklan

– “Saya penonton namun saya yang sebak. Tahniah makcik kami tumpang gembira.”

Sumber: madakmal_

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!