SEBAGAI ibu bapa, anak sepatutnya dilindung dan disayangi. Bukannya dibiarkan terdedah kepada bahaya.

Namun lain pula halnya yang berlaku di Nilai ini. Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun didapati positif dadah angkara bapa tiri!

Dijaga bapa tiri

Dalam sebuah portal berita tempatan, Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap kanak-kanak berkenaan tiga hari lalu didapati positif dadah jenis amfetamina dan methamphetamine.

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai menjadi punca pendedahan anak kecil ini kepada dadah. Siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dijaga oleh bapa tirinya di Nilai pada 14 April lalu.

Kelakuan aneh

“Keesokan harinya, ibu kepada kanak-kanak itu membawa anaknya ke hospital untuk mendapat rawatan kerana melihat anaknya berkelakuan aneh dan tidak seperti kebiasaannya.

“Rawatan yang dilakukan di hospital berkenaan mendapati kanak-kanak itu positif dadah jenis amfetamina dan methamphetamine,” menurut Mohd Fazley.

Artikel berkaitan: Hutan tepi jalan terbongkar jadi port dadah, barang ragut pun banyak ditemui

Tukang jahit

Turut dikesan adalah alamat terakhir lelaki tersebut yang bekerja sebagai tukang jahit. Lelaki berkenaan bernama Mohd Faresh Khalid, 38 tahun di mana alamat terakhirnya ialah di C-13-7 Apartment Mawar Sari Setiawangsa, Kuala Lumpur dan PT 8413 Jalan 5/4B, Taman Desa Jasmin, Nilai.

Iklan

Menurut Mohd Fazley kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara selama 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Iklan

Kes tersebut turut disiasat mengikut Seksyen 14(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Polis meminta sesiapa yang mempunyai maklumat menghubungi Asisten Superintendan Md Nurazam Md Ghazali di talian 013-800 5225 dan Pegawai Penyiasat Inspektor Rozainita Aida Mohamed Bakri di talian 011-3333 0025 atau Inspektor Normi Hashim (013-694 9623) atau mana-mana balai polis berhampiran.