NIAT murni sebuah stesen minyak di Petaling Jaya, Selangor mewujudkan food bank atau gerobok makanan bagi meringankan beban golongan terjejas bertukar kekecewaan dek perbuatan tamak segelintir individu.

Baru-baru ini tular video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berkenaan sikap sekumpulan individu yang ‘sapu habis’ barangan asas disediakan di rak food bank.

Menerusi video itu kelihatan empat individu yang menaiki sebuah kenderaan jenis Proton Wira berwarna merah berhenti di depan stesen minyak.

Tanpa segan-silu mereka terus mengambil himpunan makanan sehingga tidak menghiraukan kehadiran seorang lelaki yang berdiri di belakang rak berkenaan.

Lebih mengecewakan rak food bank ditinggalkan dalam keadaan kosong.

Baca juga [VIDEO] Tamak! Sampai Nak Licin Gerobok Rezeki, Tak Fikir Orang Lain

Perbuatan mereka ‘menyerang’ food bank mengundang kecaman warga maya yang terkilan dengan sikap tamak tanpa memikirkan orang lain.

– “Yang ini benar-benar ambil kesempatan tak memikirkan orang lain. Kalau di sini beri bantuan diletakkan dalam peket satu keluarga dibenarkan ambil satu, baru adil.”

Iklan

– “Orang lain yang juga memerlukan barang bantuan datang kemudian gigit jari.”

Malah, ada yang mencadangkan supaya kumpulan itu dikenakan tindakan kerana dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) menaiki kenderaan melebihi kapasiti ditetapkan di bawah kategori Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Iklan

– “Walaupun tak salah dari undang- undang ambil makanan itu tapi salah dari etika. Apa pun, harap pihak berkuasa ambil tindakan pada mereka bukan kerana ambil barang tapi ramai dalam satu kereta.”

– “Boleh jalankan siasatan, satu kenderaan empat orang. Langgar SOP PKPD. Jika dapati bersalah mohon ambil tindakan. Orang lain ramai yang kena kompaun mengapa individu ini mesti terlepas?

Diharapkan perkara seperti ini tidak berulang lagi. Walaupun sedang dihimpit kesusahan sekurang-kurangnya kita mengambil makanan mengikut keperluan supaya memberi peluang kepada orang lain.