Birthday ke-39 Sari Yanti, Jep titip ucapan istimewa, dedah isteri cikgu English di rumah. 'Saya banyak belajar daripadanya'

A
A
A

MENYAMBUT ulang tahun ke-39 pada 9 November, pelakon Sari Yanti bertuah kerana menerima ucapan dan doa yang istimewa daripada suami, Jep Sepahtu.

Menerusi siaran segmen pagi Sinar FM, pelawak dan penyampai radio itu memuji Sari yang disifatkan sebagai seorang yang sangat menyenangkan dan turut menitip doa kesejahteraan buat wanita disayanginya.

"Memang tak terbalas jasanya, saya rasa saya orang yang beruntunglah dapat isteri yang saya rasa sangat menyenangkan.

"Banyak sabar. Banyak bersabar pun tidak juga sebab saya tidak ada buat hal.

"Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk memberi ucapan dan doa sekali.

"Saya doakan mudah-mudahan dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusannya, dikurniakan kesihatan yang baik.

"Mudah-mudahan dia dilimpahkan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat bersama saya dan anak-anak," tutur Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin.

Baca juga: ‘Alhamdulillah tahniah anak mama’ – Anak sulung Sari Yanti raih anugerah kecemerlangan akademik

Tidak hanya rasa bertuah memiliki pasangan hidup saling melengkapi, pelawak berusia 38 tahun itu juga menzahirkan kesyukuran.

"Saya sangat bersyukur, sangat terhutang budi dengan layanan yang diberi selama kami berumah tangga. Dia menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang.

"Saya doakan mudah-mudahan apa saja yang dihajatkan, diimpikan akan terlaksana dan termakbul. Mudah-mudahan dia sentiasa berada dalam reda dan juga dalam rahmat ALLAH, aamiin," ujar Jep.

Bersama Angah dan Rahim di konti, Jep turut berseloroh tentang Sari yang banyak membantunya menguasai Bahasa Inggeris.

Baca juga: 'Macam kakak dan adik. Lesung pipit tu buat ramai cair.' Gambar raya Sari Yanti & anak-anak raih pujian!

"Kalau nampak dari segi karakter macam saya yang dominan. Tetapi sebenarnya saya banyak belajar daripada dia. Ketenangan, kesabarannya dan Bahasa Inggeris.

"Dahulu saya hanya tahu asas sahaja. Sekarang apabila dengannya saya belajar tentang past tense dan present tense," katanya.

Sari menerusi laman sosial Instagram turut menitipkan doa sempena ulang tahun kelahiran.

Menginjak usia ke angka 39, ibu kepada lima cahaya mata itu turut memohon agar dikurniakan keberkatan usia.

"Semoga umur 39 tahun penuh berkat buat Sari Yanti Mohamad Nazari, dipanjangkan nikmat sihat sejahtera, rezeki yang barakah, suami yang baik dan penyayang ,anak anak yang soleh, keluarga yang bahagia.

"Moga menjadi insan yang lebih baik dan sentiasa dalam redha dan rahmat ALLAH," titip Sari.

Baca juga: Sari Yanti, Jep Sepahtu timang anak ketiga

Jep dan Sari Yanti melangsungkan perkahwinan di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya pada 25 Februari 2017 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 5, Muhammad Khidir, 3, dan Abu Bakr, 2.

Sari memiliki dua cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya iaitu Barr Al-Aliy, 13, dan Baasit Al-Haq, 12.

Baca juga: Reda isteri penyebab datang rezeki suami? Ini penjelasannya yang perlu kita tahu

Sumber: TikTok SinarFM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca