Bukan strok haba, kanak-kanak 12 tahun maut di Johor berpunca Septic Shock secondary to Meningoencephalitis, 10 info perlu tahu
Bukan strok haba, kanak-kanak 12 tahun maut di Johor berpunca Septic Shock secondary to Meningoencephalitis, 10 info perlu tahu
KEMATIAN kanak-kanak berumur 12 tahun di Kluang, Johor baru-baru ini menjadi perhatian ramai. Kehilangan anak remaja itu dalam dalam masa tiga jam mengalami panas badan dan demam didakwa keluarga berkaitan dengan strok haba.
Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) melalui kenyataan memaklumkan kematian Allahyarham Airiel Syahren tiada kaitan dengan strok haba.
Baca juga: Demam, meracau & kejang, kanak-kanak 12 tahun maut strok haba, berikut kronologi menyayat hati
Berikut penerangan memperbetulkan persepsi awam tentang pemergian kanak-kanak itu:
1-Siasatan yang dijalankan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang mendapati, kanak-kanak tersebut telah dimasukkan ke wad kerana mengalami sawan selepas mengalami demam panas sehari sebelum dan mempunyai gejala batuk selama tiga hari.
2-Sebab kematian telah disahkan sebagai Septic Shock secondary to Meningoencephalitis dan tiada kaitan dengan Strok Haba seperti dilaporkan dalam media.
3-JKNJ ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.JKNJ memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.
Baca juga: Strok haba ibarat radiator kereta pecah, cepat bertindak waspada tanda awal sebelum ragut nyawa
Baca juga: Strok haba: Ibu bapa jangan abai tanda anak sakit ketika cuaca panas elak hilang nyawa
10 info septic shock dan meningoensefalitis
1-Septic shock secondary to meningoencaphalitis dalam bahasa mudahnya adalah kejutan/renjatan septik disebabkan oleh jangkitan dan ia diakibatkan oleh proses inflamasi pada tisu otak.
2-Ensefalitis adalah satu proses inflamasi yang melibatkan tisu otak, yang menyebabkan kegagalan fungsi otak. Meningoensefalitis pula satu proses inflamasi yang melibatkan tisu otak dan selaput otak (meninges).
3-Kajian mendapati jangkitan virus secara terus (direct) ke otak oleh virus Herpes simplex (HSV) merupakan satu jangkitan yang serius. Lain-lain virus adalah seperti Varicella-zoster, Epstein-Barr, Cytomegalovirus, enteroviuses, adenoviruses, rabies dan Japanese B encephalitis.
4-Pemerhatian perubatan juga mendapati situasi klinikal berkaitan gejala encephalitis berlaku kesan daripada reaksi autoimmun (in- direct) selepas jangkitan sistemik virus influenza, measles, rubella, varicella dan HIV.
5-Selain daripada virus, jangkitan sekunder atau primer boleh berlaku dengan kuman-kuman yang lain seperti tuberculosis, mycoplasma, listeria, Lyme disease,cat scratch fever, leptospira, brucella, legionella dan neurosyphilis.
Baca juga: Post-mortem dapati organ dalaman hangus, kanak-kanak pergi selamanya asbab strok haba, dehidrasi
Baca juga: Paru-paru kecut, air dalam badan kering, kanak-kanak setahun maut strok haba di Kelantan
6-Organisma lain yang boleh terlibat adalah:
Rickettsial: Rocky Mountain spotted fever, endemic typhus, epidemic typhus, Q fever
Fungal: cryptococcosis, coccidiomycosis, histoplasmosis, candidiasis.
Parasitic: trypanosomiasis, toxoplasmosis, echinococcus, schistosomiasis, amoebiasis
7-Pelbagai organisma boleh terlibat dalam meningoensefalitis. Bagaimanapun ujian makmal terkini masih lagi sukar mengenal pasti penyebab utama bagi kes-kes meningoensefalitis seluruh dunia.
8-Meningoensefalitis boleh mengakibatkan kegagalan fungsi otak akut bermula dengan demam selesema, sakit kepala diikuti dengan hilang kewarasan fikiran, sawan dan koma.
9-Gejala separa akut pula adalah berkait rapat dengan kenaikan tekanan dalam kepala seperti sakit kepala yang teruk, pening, perasaan loya seperti nak muntah, sawan dan fikiran keliru.
10-Gejala-gejala lain adalah seperti fotofobia, kegagalan deria rasa dan kekejangan otot leher
Baca juga: Hanya 15 minit, badan boleh diserang strok haba. Waspada!
Baca juga:Cuaca panas buatkan si kecil cepat dehidrasi. Mak ayah wajib kenal tanda-tanda anak tak cukup air
Sumber: Sinar Harian, MyHealth
Kredit foto utama: Pexels
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang