SEMPENA Hari Kesedaran Autisme Sedunia, bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar  atau KJ yang dianugerahkan anak istimewa berkongsi tip bagaimana untuk memahami kanak-kanak tersebut.

Penyampai radio Hot FM itu berkata, ibu bapa yang memiliki anak autisme ini memang memerlukan kesabaran yang tinggi kerana cabaran dalam menjaganya berlainan daripada kanak-kanak normal.

“Tetapi apa yang kita belajar bukan untuk mengubah anak itu sebab nak sesuaikan dia kepada dunia sebaliknya kita cuba sesuaikan dunia kepada mereka.

“Oleh itu, kita banyak memperjuangkan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) dan (kesedaran kepada) ibu bapa.

“Ia bertujuan lebih banyak lagi tempat seperti pusat membeli-belah, lapangan terbang dan sebagainya mempunyai kemudahan khusus untuk anak-anak autism seperti ‘calming room’,” katanya.

KJ berkata demikian menjawab kepada pertanyaan rakan kontinya iaitu AG.

“Sebagai seorang ayah, anak pertama dilahirkan normal manakala anak kedua adalah autism

“Saya tengok kecekalan ibu bapa yang mana ada anak autism ini sangat tinggi… kesabaran dia pun lain macam,” ucap AG.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu mempunyai seorang anak autisme yang bernama Timor Abdullah yang kini berumur 14 tahun. Beliau memanggil anak keduanya itu dengan gelaran Puma.

Iklan

Dalam rekod, KJ mendirikan rumah tangga dengan anak kepada Perdana Menteri keempat, Nori Tun Abdullah pada 2001.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, dua daripada bernama Jibreil Ali, 17 dan Raif Leo Averroes, 10.

Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) yang mempunyai gangguan perkembangan saraf sekali gus mempengaruhi kemampuan mereka dalam interaksi sosial, tingkah laku dan cara berkomunikasi tersebut.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!