Bulan Bintang jenama tempatan pertama yang menggunakan 3D billboard di hadapan KLCC
MEMULAKAN suatu perniagaan itu bukanlah satu perkara yang mudah dan mengekalkan perniagaan agar kekal relevan dalam jangka masa yang lama juga bukanlah satu perkara yang mustahil.
Ia bergantung kepada strategi dan cara pemasaran sesebuah perniagaan itu sama ada sanggup berhabis duit untuk pemasaran supaya peroleh pulangan yang berlipat kali ganda atau sebaliknya.
Buat pertama kalinya jenama tempatan, Bulan Bintang menggunakan 3D billboard di hadapan KLCC.
Menerusi satu ciapan di laman sosial Twitter @meripergibulat, berkongsikan rakaman video pendek yang memaparkan jenama Bulan Bintang muncul di billboard KLCC.
Ciapan berkenaan memperoleh 6,158 ulang kicau dan 18 ribu tanda suka serta orang ramai turut membalas ciapan berkenaan dengan kebanyakan mengucapkan tahniah dan bangga dengan strategi promosi yang digunakan.
Baca juga: Soo Wincci Kini Bergelar Profesor Madya
Bulan Bintang merupakan jenama yang mengeluarkan koleksi baju Melayu, kurta, baju kurung serta tersedia juga untuk kanak-kanak.
Teknik pemasaran ini bagus untuk sesebuah perniagaan untuk menaikkan jenama agar dikenali ramai.
KLCC 3D billboard merupakan antara billboard terbesar selain 3D billboard di Pavilion.
Pemasaran menggunakan 3D billboard adalah yang terbaik kerana ilustrasi 3D sebenarnya lebih menarik perhatian kerana mempamerkan ‘iklan hidup’ seperti boleh disentuh.
Masa kini, amat sesuai bagi sesebuah jenama itu menggunakan pemasaran sebegini kerana ia berbanding iklan berbentuk 2D yang dianggap semakin kurang menarik.
Berbanding pengiklanan 2D yang statik, pengiklanan menggunakan 3D billboard membuatkan orang ramai menggunakan lebih banyak pergerakan mata untuk menonton keseluruhan tayangan.
Maka, amat sesuai bagi usahawan kini menggunakan teknik pemasaran sebegini.
Berikut fakta 3D billboard sebagai teknik pemasaran:
- Penonton akan kekal lama untuk melihat iklan yang ditayangkan.
- Orang ramai lebih menyukai papan iklan yang lebih menonjol berbanding imej statik.
- Mesej yang disampaikan lebih mudah difahami.
- Setiap tayangan iklan 3D mempunyai konsep yang berbeza-beza yang menjadikan orang ramai lebih bersemangat untuk menonton iklan 3D.
Baca juga: Bermanfaat! Wanita Pecah Hasil Tabungan Bersama Suami Untuk Sambut Raya Buat Ramai Kagum
Baca juga: Irdina Shahriman, Pelajar Cemerlang M’sia CGPA 4.0 Raih Tempat Pertama Di Virginia Tech
Kredit foto: meripergibulat
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang