BARU sahaja selesai menjalani tempoh kuarantin selepas pulang melunaskan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin dan berdepan kedukaan kehilangan bapa tersayang, namun ia sedikitpun tidak menghalang pendakwah Ebit Lew untuk turun padang menumpahkan bakti kepada masyarakat.

Nampaknya istilah penat bagaikan tidak terbit dalam kamus hidupnya.

Terbaharu, beliau menyalurkan sumbangan kelengkapan pada pihak Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Titiwangsa.

"Bumi Malaysia dalam keadaan berat ditimpa ujian demi ujian"- Ebit sumbang katil, PPE pada CAC Stadium Titiwangsa

“Saya bantu siapkan kelengkapan untuk mereka (CAC Stadium Titiwangsa),” tulis beliau.

Antara kelengkapan:
– 100 unit katil kanvas
– 200 unit sut peralatan perlindungan diri (PPE)
– 3 unit komputer riba
– 10 tablet
– 10 kipas
– Kerusi dan meja plastik
– 50 kotak sarung tangan getah

"Bumi Malaysia dalam keadaan berat ditimpa ujian demi ujian"- Ebit sumbang katil, PPE pada CAC Stadium Titiwangsa

“Setiap hari pakai baju PPE. Kerja setiap hari semakin berat. Semoga ALLAH SWT memberi kekuatan kepada semua doktor, jururawat, penolong pegawai perubatan dan petugas barisan hadapan negara,” ujarnya.

Iklan

Dalam pada itu, Ebit turut menerima sijil penghargaan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

‘Hero’ kesayangan ramai itu juga berkongsi perasaan rindu buat kedua ibu bapanya yang telah tiada.

“Ya ALLAH. Semuanya dah tak sama lagi. Berat benar ujian kali ini. Terasa tak mampu melaluinya.

“Rindunya pada bapak. Apa bapak buat sekarang ye? Ya ALLAH jagakanlah bapak dekat sana yer.

"Bumi Malaysia dalam keadaan berat ditimpa ujian demi ujian"- Ebit sumbang katil, PPE pada CAC Stadium Titiwangsa

“Rindu sangat padanya. Bapak ialah bapa paling baik. Hidupnya dihabiskan untuk keluarga. Kasih sayangnya pada mak dan anak-anak.

Baca juga 20 pelajar terkejut guru tak online, ditemukan meninggal dunia di rumah

Iklan

“Saya dah tak ada dua-dua. Mak dah pergi. Bapak pun. Ya ALLAH ampuni dan sayangilah keduanya. Bumi Malaysia dalam keadaan berat ditimpa ujian demi ujian. Perjalanan kali ini terasa perit. Ya ALLAH berilah aku kekuatan. Terasa lemah tiada kekuatan lagi,” coret beliau.