BURGER Eerah memang A!’ Itu komen yang ditinggalkan anak Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar yang berkunjung ke gerai burger milik wanita kurang upaya, Jaheerah Nadzri, 29.

Kunjungan Nurul Izzah ke gerai Jaheerah atau lebih dikenali sebagai Eerah di hadapan Surau Al-Hijrah, Kota Warisan, Sepang, Selangor menjadi perhatian selepas videonya dimuat naik ke laman sosial TikTok.

“Saya kagum melihat usaha anak muda OKU seperti Eerah. Sejak dulu Eerah sentiasa hadir memberikan sokongan dan senyuman buat saya.

“Semoga perniagaan Eerah terus maju, insya-ALLAH!” titipnya.

Baca juga: Eerah, wanita OKU gigih jual burger. Bapa terharu dengan sokongan ramai. ‘Terima kasih suntik semangat dia’

Baca juga: Lajunya suara! Pemuda OKU tunjuk cara orang buta guna telefon, rahsianya fungsi TalkBack & VoiceOver, respons melalui bunyi

Tidak hanya singgah, Nurul Izzah turut sama-sama memasak bersama Eerah dan menempah 200 biji burger untuk diserahkan kepada anak-anak yatim Baitus Sakinah Hidayah dan Baitul Barokah Wal Mahabbah.

RESIPI SOS ARWAH IBU

Kegigihan Eerah yang disahkan lembam atau slow learner sejak berusia 12 tahun ini memang diketahui ramai khususnya pengguna laman sosial TikTok.

Tidah betah duduk diam, beliau yang terdahulu tular menjual honey cornflakes di TikTok beralih kepada perniagaan burger dengan bantuan ayah tersayang, Nadzri Abd Majid, 66.

Perjalanan perniagaan burger yang dibuka dari jam 6 petang sehingga habis itu turut dikongsi Eerah menerusi video di TikTok. Antara hantaran menarik perhatian ramai apabila Eerah menunjukkan cara memecah telur di atas pan yang diajar oleh ayahnya.

Baca juga: Terbaik! 10 fakta menarik Muhammad Qayyim Nizar, OKU penglihatan Johan Qari Tilawah Al-Quran Antarabangsa ke-63

Baca juga: Tahniah! Dr Muhammad Najib lakar sejarah, OKU pertama dilantik Pengarah Harta Tanah di UTM

gigih wanita oku eerah

Tidak kekok menyiapkan tempahan, Eerah juga pandai menyediakan menu laku keras seperti Burger Kahwin dan banyak lagi menggunakan sos resipi arwah ibunya.

Ramai pengikut meninggalkan komen positif kepada wanita cekal itu sebagai pemangkin semangat.

Ada juga segelintir yang secara terbuka memberitahu, mereka menitiskan air mata setiap kali menonton video yang dikongsikan Eerah.

Iklan

BAPA BERI SEMANGAT

Bapa Eerah pada mulanya mengakui sukar melepaskan anak perempuannya itu untuk bekerja dengan orang kerana memikirkan kemampuan yang terhad. Pun begitu, beliau bersyukur dengan sambutan yang diberikan orang ramai.

“Jadi, saya lebih senang kalau Eerah bekerja sendiri. Nasib baiklah dia memang berminat berniaga dan sebelum ini memang sudah berjual pelbagai makanan.

gigih wanita oku eerah

“Mungkin rezeki Eerah lebih kepada jualan burger. Lagipun Eerah dah pandai masak sendiri. Kami hanya bantu sikit-sikit saja,” katanya.

Iklan

Semoga semangat dan kegigihan Eerah menyuntik semangat buat wanita lain agar memajukan diri dan terus berusaha. Syabas Eerah!

Sumber: TikTok Eerah Nadzri, Nurul Izzah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!