IRONINYA kekurangan fizikal bukanlah penghalang untuk seseorang itu mencapai kejayaan dalam apa jua bidang termasuk akademik.

Situasi tersebut dibuktikan oleh ahli akademik, Dr Muhammad Najib Razali yang melakar sejarah orang kelainan upaya (OKU) pertama sebagai Pengarah Harta Tanah di Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 1 Julai lalu.

Beliau yang merupakan alumni UTM peringkat ijazah pertama dalam bidang pengurusan harta tanah itu akan menyandang jawatan tersebut untuk tempoh tiga tahun.

“Pelantikan ini adalah satu pengiktirafan penting untuk golongan OKU bukan sahaja di UTM, malah di Malaysia kerana membuktikan bahawa golongan ini juga mampu berdikari dalam dunia akademik dan profesional.

Baca juga Pegawai Kadet TLDM Lulus Akademi Laut Berprestij AS, Jadi Kebanggaan Rakyat Malaysia!

Baca juga Suami Isteri Genggam PhD Usia 26 Tahun, Berkahwin Dan Ada Anak Bukan Penghalang

“Kepercayaan pihak UTM kepada Muhammad Najib untuk mengemudi bidang harta tanah di UTM merupakan pengiktirafan yang tinggi kepada komuniti OKU dalam membuktikan kekurangan dan halangan fizikal tidak membataskan beliau dalam menjalankan kerja- kerja akademik sama seperti ahli akademik yang lain,” jelas universiti itu dalam satu kenyataan.

Dimaklumkan, Dr Muhammad Najib berusia 44 tahun kehilangan kaki kanan akibat jangkitan bakteria pada tahun 2010 ketika mengikuti pengajian di peringkat Doktor Falsafah (Ekonomi dan Kewangan Harta Tanah) di Sydney, Australia.

Iklan

Beliau sangat aktif dan sering diundang sebagai penceramah pada persidangan profesional yang menyampaikan input penyelidikan terutamanya dalam isu pengurusan harta tanah, pelaburan harta tanah serta isu perumahan negara.

Pada masa sama, bertindak sebagai ahli panel pakar dalam Jawatankuasa Koordinator Dana Penyelidikan Harta Tanah (NAPREC), Kementerian Kewangan Malaysia.

Iklan

Diharapkan perkongsian kisah ini dapat menyuntik semangat kepada anak muda untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam bidang diminati.

Sumber: Bernama