Jangan lupa follow kami di Instagram!

PANDEMIK Covid-19 yang masih melanda negara membuat ramai yang terjejas khususnya pengusaha pusat pelancongan dan inap desa.

Disebabkan kes jangkitan cukup tinggi dan membimbangkan, larangan rentas negeri dan negara masih dikuat kuasakan bagi membendung penularan wabak yang semakin teruk kini.

Dalam hal ini, kita juga tertanya-tanya, bagaimana nasib pengusaha hotel bajet, homestay atau chalet yang masih tiada pelanggan?

homestay jadi pusat jualan aiskrim

Pasti mereka berdepan banyak kerugian lebih-lebih lagi ada yang terpaksa gulung tikar disebabkan tidak mampu lagi menampung kos perbelanjaan.

Bagi pengusaha homestay pula, rumah yang selalunya penuh dengan pelanggan setiap hujung minggu kini sudah lama tidak berpenghuni.

Bukan saja terpaksa tanggung bayaran bulan-bulan, bil air dan elektrik pun perlu dibayar seperti biasa walaupun tiada untung.

Mengenangkan itu semua, seorang pemilik homestay di Tasik Gelugor, Pulau Pinang telah melakukan sesuatu yang lain daripada lain untuk menjana pendapatan meskipun tiada pelancong yang datang.

homestay jadi pusat jualan aiskrim

Muhammad Hafiz Abu Bakar dilihat begitu kreatif menjadikan inap desa miliknya sebagai kedai menjual pelbagai jenis aiskrim.

Menarikkan? Pemuda berusia 37 tahun itu bijak menggunakan harta bendanya sebagai pusat pembekal aiskrim sekali gus membantu survival hidupnya.

Menerusi perkongsian dalam Facebook, beliau yang juga pemilik Pembekal Aiskrim Hafizly memberitahu, beliau turut terjejas disebabkan penangan wabak virus korona, namun tidak berputus asa dan terus bangkit.

homestay jadi pusat jualan aiskrim

Sebagai langkah awal, lelaki itu berjualan secara kecil-kecilan sebagai penjual aiskrim di rumah.

Iklan

Kemudian, menjadi pembekal pemanis mulut itu pula.

Barangkali permintaan cukup luar biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), membuatkan Muhammad Hafiz menjana pendapatan dengan membekalkan pelbagai jenis aiskrim.

Dalam hantaran yang dikongsikan, beliau turut menekankan kualiti produk menjadi fokus utama sebagai rahsia bisnes kekal lama.

“Untuk sustain bukan senang, apa yang penting jaga kualiti bukan ligan kuantiti,” katanya.

homestay jadi pusat jualan aiskrim

Iklan

homestay jadi pusat jualan aiskrim

Bagus juga idea tersebutkan? Daripada menjadikan rumah inap desa terbiar kosong, boleh dijadikan gudang untuk simpanan barang-barang jualan.

Lagi best, homestay boleh dipantau hari-hari dan digunakan sebaiknya sementara menunggu kerajaan membenarkan semula sektor pelancongan dibuka semula.

Buat pengusaha lain, mungkin boleh cuba idea sama atau lebih baik daripada itu untuk memperoleh pendapatan sampingan.

Kita tak tahu sampai bila pandemik ini akan berakhir, jadi mulakan dari sekarang.