Otai masih berbisa, Datin Sofia Jane Rangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, tetap cantik & awet muda di usia 52 tahun

A
A
A

DATIN Sofia Jane membuktikan usia bukan penghalang untuk melakar kejayaan manis dalam karier hidupnya.

Memasuki separuh abad, namun bakat lakonannya tetap berbisa seperti dahulu. Biarpun kehadiran pelapis baharu yang tak kurang hebat, namun wanita anggun ini punya kelas tersendiri di persada seni tanah air.

Buktinya baru-baru ini pelakon jelita itu berjaya merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali. Bukan kaleng-kaleng!

Watak protagonis sebagai Maryam menerusi filem Maryam Pagi ke Malam yang dibawakan pelakon berdarah kacukan Inggeris dan Melayu itu dengan cukup baik berjaya meraih perhatian penggiat seni di peringkat antarabangsa.

Baca ni ‘Nampak sebaya macam kakak dan adik, lawa.’ Wajah anak perempuan Natasha Hudson jadi perhatian, cantik macam ibunya!

sofia janeBercerita lanjut mengenai filem tersebut, naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu turut memenangi Anugerah Most Original Film.

Syukur & gembira

Turut membintangi filem berkenaan adalah nama-nama hebat seperti Susan Lankaster, Vanida Imran, Roslan Madun, Azman Hassan, Pekin Ibrahim dan Bella Rahim.

Maryam Pagi ke Malam mengisahkan tentang Maryam, seorang pemilik galeri berusia 50 tahun yang lahir daripada keluarga bangsawan.

Beliau mahu berkahwin dengan seorang lelaki muda warga asing yang berasal dari Sierra Leone.

Bagaimanapun wanita itu perlu menghadapi pelbagai cabaran daripada keluarga, sistem birokrasi syariah dan masyarakat.

sofia Memetik kata-kata tuan punya badan dengan pengiktirafan yang diperoleh tersebut, Sofia menerusi media sosial menzahirkan rasa syukur, gembira dan menzahirkan ucapan penghargaan buat semua.

“Tahniah buat team produksi Maryam Pagi ke Malam di Asian Film Festival di Rom, Itali.

"Sesungguhnya, seniman Omar Abdullah dan seniman Roslan Madun yang berperanan sebagai ayah dan pengasuh Maryam dalam filem ini memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan watak Maryam. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih," ujar beliau lagi.

Maintain cantik & awet muda

Memasuki usia 52 tahun, penampilan pelakon Kekasih awal Dan Akhir itu tetap maintain cantik dan awet muda.

Wajah manisnya itu seolah-olah tidak dimamah usia dan tidak jemu mata memandang. Tidak hairanlah, ramai yang ingin mengetahui 'rahsia' atau petua beliau berjaya mengekalkan kejelitaan tersebut sehingga kini.

Pun Demikian, empunya diri mengakui tiada sebarang rahsia dan perubahan wajahnya berlaku seiring dengan pertambahan usia.

datin sofia janeBahkan, dedah beliau amalan gaya hidup sihat dan menjaga pemakanan serta berfikiran tenang antara kaedah yang dipraktikkan sejak dahulu hingga kini.

Untuk rekod, anak sulung daripada tiga beradik itu mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Datuk Meor Zain Azman pada 9 September 1995.

Sofia jane 1Hasil perkongsian hidup pasangan itu selama 29 tahun, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Arissa, Imran, Khadijah dan Soraya.

Sumber: Gempak & Majalah Nona

Sumber gambar: Instagram sofiajane72

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca