KEMATIAN dan kemusnahan, pergolakan antara Isr4el-P4lestin sejak Oktober lalu tidak menghentikan harapan baru.

Malah janji pemuda, Mahmoud al-Shawwa untuk mengahwini tunangnya Siham Alvan tetap dikotakan biarpun dihimpit genosid dan diancam kebuluran.

Baru-baru ini, mereka disatukan dalam majlis di khemah sementara bandar Deir el-Balah di tengah Gaza. Menerusi YouTube Turkiye, Haber Lütfen, pasangan itu diraikan dengan persembahan tarian tradisional.

Tanpa persalinan pengantin dan inai, majlis berlangsung sederhana tetapi meriah. Mahmoud memakai kemeja biru manakala Siham pula tampil berseri dengan dress hijau dan kerudung berbunga.

Baca juga: ‘Ibu akan beri kamu biskut sayang.’ Anak maut dalam serangan, wanita Palestin peluk pengikat rambut runtun hati warga maya

Baca juga: ‘Mereka rampas rumah kami.’ Bapa Bella Hadid kongsi pernah dihalau hingga jadi pelarian oleh keluarga Y4hudi menumpang rumah

Baca juga: ‘Hari ini sepatutnya bermakna.’ Pasangan graduan USIM asal P4lestin gugur syahid, duta wakil terima skrol PhD, sarjana

Difahamkan, saudara-mara pengantin perempuan dan pengantin lelaki menghadiri majlis perkahwinan di khemah. Persembahan tarian tradisional P4lestin telah dipersembahkan di majlis perkahwinan tersebut.

Usai bergelar isteri, Siham menyatakan kesyukuran biarpun impiannya untuk menyarung gaun pengantin tidak menjadi kenyataan.

Jauh di sudut hati, wanita muda itu mahu rumah, bukan khemah. Situasi yang dihadapi kini memaksanya untuk reda kehilangan impian.

“Seperti setiap gadis muda, saya ingin mempunyai mas kahwin.

“Saya mahu mempunyai rumah sendiri, bukan khemah. Peperangan memusnahkan segala-galanya, impian dan kegembiraan kami,” katanya.

Baca juga: ‘Saya anggap ini jihad kecil.’ Lantang bersuara P4lestin, kontrak Kaka Azraff ditamatkan

Baca juga: Allahuakbar! Dibedah keluar daripada rahim, bayi syahid Sabreen Al-Sakani runtun hati warga maya

Baca juga: Pejuang isu P4lestin akhirnya dikurnia hidayah, Shaun King dan isteri peluk Islam pada 1 Ramadan

Iklan

Pusat kecemerlangan dalam pengajian Islam di sana, Al Buruj Press berkongsi video memaparkan pasangan pengantin baharu berkenaan dan menyifatkan P4lestin mengajar tentang kehidupan.

“Pasangan muda Gaza berkahwin walaupun berlaku pembunuhan beramai-ramai, pengeboman dan kebuluran.

“Palestin mengajar kehidupan. Semoga ALLAH merahmati mereka, aamiin,” katanya.

Baru-baru ini, seorang pasangan Palestin menjadi perhatian selepas berkahwin di khemah sementara di Rafah.

Menerusi video tular, pengantin lelaki, Mohammed Al-Ghandour memimpin isterinya Shahad ke arah khemah yang dihiasi dengan beberapa lampu berwarna dan cermin dengan bingkai berwarna emas ketika beberapa saudara mengiringi mereka sambil bertepuk tangan.

Iklan

Pasangan itu hanya mempunyai beberapa makanan ringan dalam bungkusan plastik yang disediakan dengan teliti untuk mereka di dalam khemah.

Sumber: YouTube, Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!