TAHNIAH diucapkan kepada Intan Ladyana dan Harris Alif selamat menyambut anak keduanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Harris berkongsi berita gembira itu menerusi Insta Story memaklumkan kesyukuran Intan selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.06 kilogram pada 12.45 tengah hari.

“Alhamdulillah, baru lepas video call. Harris junior sudah selamat dilahirkan.

“Are you happy baby? Sekejap lagi kita pergi tengok adik,” kata Haris kepada anak sulungnya, Evie Khadeeja.

Baca juga: Manis berhijab, penampilan Intan Ladyana curi tumpuan, warganet doa agar istiqamah

Baca juga: ‘Wanita di tangan lelaki yang tepat.’ Hamil anak kedua, Intan Ladyana makin berseri, Harris Alif dipuji pandai jaga

Malah pelakon Mami Jarum Kembali itu juga berkongsi foto si kecil yang baharu dilahirkan dan nama si kecil.

“Alhamdulillah. Say hi to Harris Umayr 💙👶🏻. 26.4.2024,” titip Harris.

Terdahulu, Intan hanya mengumumkan kehamilannya ketika usia kandungan sudah memasuki usia enam bulan tanpa mendedahkan jantina bayi.

Pemilik nama Intan Nurladyana Mohamat Yahaya itu mengakui kehamilan kedua lebih memenatkan di samping alahan lebih teruk.

Baca juga:  ‘Double penat’. Hamil anak kedua, Intan Ladyana alami alahan teruk, usia kandungan masuk 6 bulan

Iklan

Baca juga: Untuk ibu-ibu sedang pantang, buat sendiri ikan bilis halia bawang putih. Senang sangat!

Harris dan Intan berkahwin pada 5 Februari 2021 dengan jarak usia 17 tahun.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Evie Khadeeja pada 31 Januari 2022.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!