BUAT kawan-kawan, sakit macam saya kena kuat dan semangat.”

Kata-kata Ahmad Maulana Md Rosli yang berusia tujuh tahun ini cukup meruntun hati. Dugaan si kecil ini cukup berat apabila disahkan kanser buah pinggang tahap empat sejak umur lima tahun lagi.

Lebih menyedihkan, saiz ketumbuhan tersebut sudah mencecah 10 sentimeter dan merebak ke bahagian perut dan hati.

Jika tidak dirawat segera, kanser tersebut boleh merebak ke organ lain seperti tulang dan paru-paru. Pun begitu, kanak-kanak ini cukup kuat.

maulana

Menurut bapanya, Md Rosli Kamarudin, 35, ketika dihubungi SinarPlus, anak sulung daripada dua beradik itu sudah menjalani pembedahan pada Jun tahun lalu.

“Keadaan Maulana sekarang ini alhamdulillah, cuma kena pergi ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) tiap-tiap minggu untuk pemeriksaan darah dan rawatan lain.

“Pemeriksaan mata Maulana pun mula tahun depan. Sekarang ni Maulana bergantung kepada keperluan susu,” katanya yang turut terjejas kehilangan kerja sebagai pengawal keselamatan selepas negara dilanda pandemik Covid-19.

maulana

Demi menampung keluarga dan kos rawatan Maulana, Md Rosli bekerja sambilan dengan upah RM70 namun masih belum mencukupi untuk melangsaikan kos perbelanjaan hospital yang masih tertunggak.

“Sekarang ini, saya kerja sambilan ikut kawan untuk cari duit. Kadang-kadang tak menentu juga sebab musim Covid-19 ni semua terjejas tapi rawatan Maulana mesti diteruskan.

“Susah hati sebenarnya tapi saya usahakan mana yang boleh sebab rawatan susulan pun memerlukan lebih RM1,000,” tuturnya yang memohon sumbangan orang ramai untuk meringankan beban.

Iklan

Orang ramai yang ingin membantu, bolehlah salurkan dana kewangan kepada Md Rosli melalui akaun CIMB 7006413748.

maulana

Md Rosli berkata, pihaknya memohon sumbangan orang ramai untuk membantu meringankan bebanan yang ditanggung selepas sumber pendapatannya terjejas akibat Covid-19.

“Kalau dapat bantu sumbangkan dana untuk langsaikan baki perbelanjaan hospital yang tertunggak, hanya ALLAH saja dapat membalas jasa semua.

Iklan

“Baki yang tertunggak dalam RM5,000 lagi, caj lain-lain seperti pemeriksaan atau menukar palet darah Maulana sekiranya perlu sewaktu menghadiri temujanji dengan doktor di HUKM,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MyHeart (@myheart.association) on

Kisah adik Maulana ini juga mendapat perhatian MyHeart dalam satu perkongsian video berdurasi satu minit 10 saat di akaun Instagram yayasan tersebut.

Dalam video tersebut, adik Maulana turut memberikan kata-kata semangat buat mereka yang berdepan dugaan sama untuk terus kuat meneruskan hidup.

Moga adik Maulana terus kuat dan berjaya mencapai cita-citanya sebagai doktor pakar kanak-kanak satu hari nanti, insya-ALLAH.