‘Malunya tak perasan’, wanita terkejut rupanya Remy Ishak tolong ambil gambar

BERGAMBAR menjadi suatu perkara yang mesti dilakukan jika bercuti tidak kira yang kecil, dewasa mahupun golongan berusia.

Tidak lain dan tidak bukan ia adalah untuk dijadikan sebagai kenangan dan rujukan pada masa akan datang.

Namun buat satu pasangan ini, mungkin menjadi memori lebih indah untuk diingati apabila tanpa pengetahuan, pelakon popular yang tolong rakamkan gambar mereka.

Begitulah yang tular baru-baru ini di TikTok @roseezza, satu perkongsian yang dimuat naik oleh isteri kepada pelakon, Remy Ishak yang menunjukkan Remy sedang membantu satu pasangan mengambil gambar di Tasik Cermin, Perak.

Menerusi posting tersebut, Remy yang berpakaian t-shirt kuning, seluar putih serta memakai pelitup muka itu sedang gigih mencari shot yang cantik tanpa pasangan tersebut mengenali identiti dirinya.

“Tadi singgah Tasik Cermin ada satu couple minta tolong ambil gambar. Macam biasalah suamiku memang gigih kalau bab ambil gambar, nak dapatkan shot yang cantik.

“Harap couple ini happy dengan gambar dia, sebab depa tak perasan siapakah photographer misteri gigih ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Apa yang mencuri perhatian ramai apabila pasangan tersebut turut membalas di ruangan komen dan mengakui berasa malu apabila mengetahui gambarnya diambil oleh pelakon terkenal.

“Okay tuan badan hadir. Ya ALLAH sumpahlah Remy Ishak yang ambilkan gambar kita orang, malunya tak perasan,” komen individu itu.

Baca juga Remy, Ezza terima hadiah perkahwinan dari Agong

Kredit Foto: TikTok @roseezza

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan bahawa mereka juga tidak mengenali Remy jikalau berada di tempat pasangan tersebut.

“Wait what? kalau I tak baca caption and tak tengok balik siapa yang post. I pun tak perasan siapa photographer misteri ni, urm jeles.

“Lah saya pun tak perasan itu Remy. Tadi baca kapsyen ingat photographer terkenal, rupanya artis terkenal.”

“Sejak Remy jadi juri masked singer dulu rupanya dia pun dah pandai menyamar.”

Iklan

“Ni kalau photographer dia bukak topi, habis dia pulak yang kene jadi patung ramai nak ambik gambar.”

“Aku baru nak cakap lol sape suami sis ni famous sangat ke. Sekali buka comment, bukan couple tu je tak perasan, aku pun tak perasan.”

Baca juga ‘She’s the one…’ – Kesetiaan Ezza pikat hati Remy

Malah ada antaranya memuji kegigihan dan keikhlasan pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu mengambil gambar.

“Memang nampak keikhlasan nak tolong itu, gigih betul hahaha.”

Iklan

“Weh gigihnya! macam inilah yang kita mahu. Bukan snap satu kali je.”

“Humble gila artis macam ini. Tak sangka artis ambilkan gambar.”

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 1.4 juta tontonan, hampir 110,000 tanda suka dan lebih 1876 komen.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.