PENGORBANAN guru mendidik kita tanpa jemu tidak akan pernah terbalas.

Murid lazimnya menghabiskan masa yang lebih panjang di sekolah bersama guru-guru. Bahkan adalah pembimbing dan penjaga kepada murid semasa mereka berada di sekolah.

Malah ketika tempoh PKP, mereka tetap mendidik dan memberi kata-kata dorongan walaupun murid tidak berada di depan mata.

Susulan hubungan yang akrab, maka tidak hairan ramai murid-murid menyayangi pendidik mereka.

Baca juga: Guru mengajar di pulau, tiap hari naik bot, van demi didik anak bangsa, raih perhatian warganet

Seorang guru di pedalaman Perak yang juga pengguna TikTok dikenali sebagai Hafiz berkongsi pemberian yang diterima daripada anak muridnya semasa majlis perpisahan.

Difahamkan dia telah mendapat kelulusan pertukaran dan bakal berpindah dari sekolah berkenaan.

Video berdurasi 12 saat itu memaparkan Cikgu Hafiz bersama rakan menerima pelbagai pemberian daripada murid-murid tersayang.

Baca juga: Pelik Murid Datang Sekolah Setiap Hari Tak Ikut Penggiliran, Masuk Hari Ketiga Baru Tahu Rupanya…

Antara bingkisan yang diterima ialah sayur-sayuran seperti paku pakis, keledek dan cili.

“Majlis perpisahan guru sekolah pedalaman. Hadiah dari murid buat guru tersayang.

“Bukan soal harga, keikhlasan itu yang penting,” titipnya menerusi akaun @cguhafez93.

Warga maya terharu melihat penghargaan yang diterima guru berkenaan.

Rata-rata tersentuh dengan keikhlasan murid-murid berkenaan yang menghargai jasa guru mereka dengan cara mereka tersendiri.

@cguhafez93Bukan soal harga, keikhlasan tuh yang penting. ##fyp

♬ Bilang Pa Mama Mantu Remix – Wallzz.19

“Sikap menghargai.”

Iklan

 

“Ikhlasnya mereka.”

“Hadiah tak dapat simpan lama, tapi kenangan takkan pernah hilang.”

Iklan

“Anak-anak murid menghargai cikgu.”

Berbicara tentang jasa guru dalam mendidik anak bangsa sudah pasti tidak ada nilai. Begitu juga jasa guru yang telah ditaburkan untuk menjadikan kita sebagai ‘manusia.’

Setinggi mana pangkat dan darjat jangan dilupa jasa seorang guru yang mengajar dan mendidik kita sehingga menjadi seseorang seperti kita pada hari ini. Terima kasih cikgu!

Baca juga: Guru kongsi detik cemas staf tiba-tiba bersalin di sekolah. “Cikgu lelaki, guru besar pun kalut macam isteri nak beranak.”

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: TikTok @cguhafez93