KASIH sayang antara anak dan kedua ibu bapa merupakan satu perkara yang tidak dapat dinafikan dengan kata-kata.

Kasih sayang di antaranya mengatasi segalanya, tidak dapat dinilai dengan emas dan perak malah tidak dapat dibayar dengan wang ringgit.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Namun begitu, kadang kala terdapat juga anak-anak yang terpaksa berpisah dengan ibu atau pun bapa gara-gara permasalahan yang berlaku di antara mereka.

Seperti situasi yang dilalui seorang gadis ini apabila dia mencuba nasib untuk mengesan bapa kandungnya setelah sejak kecil tidak berjumpa melalui aplikasi Twitter.

Gadis dikenali Cinta itu telah memuat naik foto bapanya ketika muda bersama dengannya ketika kecil.

“Ada sesiapa kenal tak pak cik ni? May be muka lain dah sekarang, tua sikit. Sebab ni ayah I. I nak cari dia. Cuba nasib je ni,” coretnya.

Namun siapa sangka dengan kuasa tular yang memuncak pada masa kini dan pertolongan warga maya, Cinta telah berjaya mengesan bapa kandungnya.

Dalam hanya tempoh 13 jam, dia kembali dapat bersua dengan insan tercinta!

Iklan

Tweet yang dimuat naik meraih hampir 7,000 retweet daripada pengikutnya di Twitter.

Setelah berjaya menjejaki ayah kandung yang dirindui, Cinta kini sedang mengumpul wang untuk membeli tiket ke Sabah.

Iklan

“Sudah jumpa papaku. Huhu nenek nangis. Terima kasih rakyat Twitter.

“Next mission kena kumpul duit beli tiket kapal terbang untuk pergi balik Sabah!

Baca juga

“Papa tak ada telefon dan tinggal kat pedalaman Sabah. Tapi still tak sangka dapat jumpa,” kongsinya.

Dia juga mengucapkan terima kasih dan kesyukuran atas pertemuan yang tidak dijangka ini hasil pertolongan ramai serta kuasa tular di media sosial.

Semoga dipermudahkan segala urusan Cinta!