LULUH hati seorang pengantin lelaki apabila perancangan untuk bersanding dengan cinta hati tidak kesampaian susulan isterinya meninggal dunia akibat barah pada 7 Januari lalu.

Menerusi video yang dikongsikan @ewansani83, memaparkan pengantin lelaki dikenali sebagai Daniel melangsungkan majlis persandingan secara bersendirian tanpa mempelai wanita di sisinya.

“Hajat naik pelamin tak tercapai namun majlis diteruskan.

“Walaupun nampak bahagia, dalam hati dia saja yang tahu,” katanya menerusi TikTok.

Difahamkan, Daniel yang segak berbusana emerald green itu sebenarnya berasal dari
United Kingdom dan bertemu jodoh dengan seorang wanita Malaysia bernama Nur Farah Ashykin Mohd Salleh, 35.

Pasangan berkenaan sudah bernikah di Jepun kira-kira setahun yang lalu.

Baca juga:[10 FOTO] Kilauan mahkota, permata; busana indah sempena majlis Santapan Diraja perkahwinan Putera Mateen, Pengiran Anak Isteri Anisha buat ramai terpegun

Baca juga:Beautiful like mama. Wardina Safiyyah terharu resepsi anak meriah macam reunion, keluarga dari Acheh  Australia berkumpul

Dalam rakaman video yang dikongsikan pihak butik perkahwinan, menunjukkan WhatsApp pengantin perempuan memaklumkan dirinya terpaksa menangguhkan temu janji untuk mengambil pakaian raja sehari itu kerana masalah kesihatan.

Iklan

Baca juga:Duit dalam akaun lesap, Dynas kongsi kronologi wang simpanan hilang. ‘Ingatkan guna kad debit lebih selamat tapi;

Memahami keadaan Allahyarham ketika itu yang tidak begitu mengizinkan, butik tersebut memberikan ruang kepadanya sehingga kesihatan kembali pulih.

Bagaimanapun, pada Selasa lalu, Farah menghembuskan nafas terakhir.

Sementara itu, Daniel yang datang mencuba baju di butik berkenaan dilihat tidak dapat menahan kesedihan hingga menitiskan air mata ketika menatap busana Allahyarham Farah.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang