Dari awan biru turun ke ‘dapur’, kapten AirAsia terima cabaran baharu

A
A
A

SEPERTI kita sedia maklum, kini dunia terus terkesan dengan pandemik Covid-19 yang sehingga ke hari ini belum lagi menemui jalan penamat.

Banyak negara masih menunjukkan peningkatan kes dari sehari ke sehari. Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga, pintu masuk antarabangsa masih lagi ditutup dan tidak membenarkan kapal terbang mendarat di negara-negara yang terjejas termasuk Malaysia.

Perkara itu pastinya telah menjejaskan perniagaan khususnya syarikat penerbangan. Namun, jika mereka tidak mempunyai apa-apa perancangan perkara ini boleh menyebabkan mereka menanggung kerugian yang teruk.

Seperti Syarikat Penerbangan Tambang Rendah, AirAsia, permulaan dekad baharu terbukti mencabar untuk semua, terutama bagi mereka dalam industri berkaitan perjalanan.

Kini syarikat itu membuka peluang baharu untuk perniagaan bukan penerbangannya dengan mengusahakan perniagaan restoran Santan yang kini sedang mencipta namanya yang tersendiri.

Santan hari ini telah berjaya melangkah ke hadapan dengan membuka cawangan keduanya di Sunway Pyramid, tiga francais di SOGO Kuala Lumpur, 163 Retail Park Mont Kiara dan AEON Mall Shah Alam, selain beberapa lagi rangkaian francais yang akan dibuka sebelum akhir tahun 2020.

Kejayaan demi kejayaan mendorang kakitangan AirAsia turut mencuba nasib menceburi bidang baharu dan menggelarkan diri mereka sebagai Allstars.

Mereka yang dikenali sebagai Kapten Lee Chin Hooi, Kapten Fredrick Jeremy, Kapten Azrul Hakim, Kapten Mohamed Shafiran dan Kapten Syamim Shahabuddin kini telah memulakan kerjaya baharu dengan menceburi bidang perniagaan francais dalam industri makanan dan minuman (F&B) bersama Santan.

Dari awan biru turun ke ‘dapur’, kapten AirAsia terima cabaran baharuKapten Fredrick Jeremy

“Cabaran berikutan pandemik ini membuatkan saya menilai semula rancangan jangka panjang dalam kerjaya saya.

“Kita semua harus bermula di suatu tempat dan saya percaya perniagaan francais bersama Santan adalah langkah yang tepat untuk menceburkan diri di dalam industri F&B,” kata Kapten Fredrick Jeremy, yang juga seorang jurulatih pesawat jenis A320.

Rata-rata mereka menyifatkan memilih perniagaan francais bersama Santan untuk menjana pendapatan tambahan bagi keluarga bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Tambahan pula seperti Kapten Mohamed Shafiran dan Kapten Syamim Shahabuddin yang merupakan juruterbang untuk penerbangan jarak jauh AirAsia, sehingga hari ini mereka masih tidak dapat berkhidmat disebabkan pintu sempadan beberapa negara terjejas masih tertutup.

Dari awan biru turun ke ‘dapur’, kapten AirAsia terima cabaran baharuKapten Syamim Shahabuddin

Menceburi industri berbeza bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi mereka semua bersetuju bahawa Santan memberikan sokongan dan bimbingan berterusan, seperti mencari lokasi yang tepat dan membekalkan kakitangan bagi mereka yang tiada pengalaman dalam perniagaan industri F&B.

“Saya kagum dengan apa yang ditawarkan oleh Santan kepada mereka yang tidak berpengalaman seperti saya dan sokongan yang diberikan telah membakar semangat saya untuk memulakan kerjaya baharu ini,” kata Kapten Lee Chin Hooi yang akan membuka francais Santan beliau di IOI City Mall pada bulan Disember 2020.

Sediakan payung sebelum hujan

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Walaupun melangkah ke industri F&B dalam keadaan semasa semakin mencabar, ahli perniagaan berpengalaman, Kapten Azrul Hakim berkata, rebutlah peluang yang ada untuk memulakan perniagaan yang berjaya.

Pada tahun 2018, beliau telah memulakan perniagaan francais dengan salah satu jenama minuman bubble tea yang popular.

Menyedari potensi francais Santan, Kapten Azrul tidak teragak-agak untuk membuka dua buah francais Santan di PKNS Shah Alam (bekerjasama dengan Kapten Fredrick Jeremy) dan AEON Shah Alam pada bulan ini.

“Kaji selidik juga penting sebelum memulakan sebarang perniagaan, seperti mengadakan perbincangan dan pemerhatian dengan para pemain industri serta maklum balas daripada ahli keluarga dan rakan-rakan kerana mereka adalah bakal pelanggan anda.

“Kami telah melakukan perbandingan dengan perniagaan francais yang lain dalam kategori yang sama dan mendapati bahawa Santan menepati pelan perniagaan kami terutamanya dengan sokongan mereka,” tambah Kapten Azrul Hakim dan Kapten Fredrick Jeremy.

Selain kaji selidik intensif, Kapten Mohamed Shafiran dan Kapten Syamim Shahabuddin, yang bekerjasama untuk membuka francais Santan mereka pada suku pertama tahun 2021 berkata, mereka memilih Santan kerana jenamanya yang boleh membantu meminimumkan risiko perniagaan berbanding menubuhkan jenama sendiri.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Walaupun juruterbang dilatih untuk kekal tenang dalam apa jua situasi, tetapi menceburkan diri di dalam industri yang amat berbeza boleh menimbulkan kegelisahan.

Kapten Lee Chin Hooi berkata, bahawa selain tidak memiliki sebarang pengalaman dalam industri F&B, tanggungjawab terhadap kakitangan terutamanya dari segi kesejahteraan dan keselamatan kewangan mereka dalam pandemik ini adalah antara cabaran utama yang dihadapi.

Dari awan biru turun ke ‘dapur’, kapten AirAsia terima cabaran baharuKapten Lee Chin Hooi

Namun, dengan bantuan langkah demi langkah yang diberikan oleh Santan serta sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan, beliau yakin dan bersedia untuk membuktikan kemampuan dalam perniagaan ini.

“Sebagai pemilik perniagaan buat pertama kali, cabaran utama kami termasuklah sokongan kewangan, menubuhkan syarikat, memahami model perniagaan francais dan memahami bagaimana untuk menyewa kedai di pusat membeli-belah.

“Di samping itu, kami harus mengikuti perkembangan yang sentiasa berubah, yang mempengaruhi jumlah pelawat di sekitar lokasi pilihan kami berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Ini memaksa kami untuk menangguhkan pembukaan francais kepada suku pertama tahun 2021. Walaubagaimanapun, tiada halangan yang terlalu besar apabila kita komited untuk berjaya,” kata Kapten Syamim Shahabuddin dan Kapten Mohamed Shafiran.

Dari awan biru turun ke ‘dapur’, kapten AirAsia terima cabaran baharuKapten Mohamed Shafiran

Dengan pengembangan yang pesat melalui francais, Santan menyediakan ratusan peluang pekerjaan dan dengan semangat Allstars mereka, Kapten Azrul Hakim dan Kapten Fredrick Jeremy telah mengambil semula Allstars yang tidak lagi bersama syarikat penerbangan tersebut untuk menjadi sebahagian daripada pasukan mereka.

“Selain terpaksa menunda pembukaan restoran kami berikutan keadaan semasa, kami juga menghadapi cabaran untuk mendapatkan kakitangan bagi membantu menguruskan restoran.

"Jadi kami berbesar hati untuk mengambil semula Allstars menjadi sebahagian daripada pasukan kami. Kami berbangga kerana mempunyai keluarga Allstars kini dan selamanya! Ini membuktikan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan,” kata Kapten Azrul Hakim.

Alah bisa tegal biasa

Menceburi perniagaan francais memerlukan ketahanan mental dan fizikal untuk menangkis cabaran, tetapi seperti yang selalu dikatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan airasia, Tan Sri Tony Fernandes, tiada apa yang mustahil.

“Berdasarkan pengalaman saya, semestinya anda tidak boleh lari daripada cabaran dan rintangan, tetapi ingat bahawa setiap masalah mempunyai penyelesaian. Apa yang penting, jangan takut untuk bermula dari sekarang!” kata Kapten Azrul Hakim.

Dari awan biru turun ke ‘dapur’, kapten AirAsia terima cabaran baharuKapten Azrul Hakim

Memahami pelan perniagaan, mempunyai pasukan yang hebat dan sikap tidak pernah berputus asa juga merupakan antara kunci kejayaan, kata Kapten Fredrick Jeremy yang merupakan peminat Nasi Padang dengan Rendang Daging Santan.

Bagai santan dengan gula

Kapten Syamim Shahabuddin dan Kapten Mohamed Shafiran yang telah bersama syarikat penerbangan ini selama lebih dari 13 tahun percaya bahawa ada hikmah di sebalik musibah dan kita harus bersedia untuk berubah.

Walaupun mereka tidak sabar untuk kembali berkhidmat sebagai juruterbang, mereka teruja untuk memulakan perniagaan bersama Santan.

“Tiada istilah terlambat untuk memulakan perniagaan dan mempelajari sesuatu yang baharu. Saya harap saya dapat memberi inspirasi kepada usahawan baharu yang ingin mengikuti impian mereka dan mendorong semua orang untuk menceburkan diri dalam perniagaan francais.

“Mencari jenama francais yang tepat adalah penting, tetapi saya yakin perniagaan francais bersama Santan akan terus berjaya,” kata Kapten Lee Chin Hooi, 43 tahun.

Kapten Azrul Hakim dan Kapten Fredrick Jeremy juga berharap untuk menerpa kejayaan bersama Santan dan mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran baharu, sambil menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk komuniti setempat.

Dari awan biru turun ke ‘dapur’, kapten AirAsia terima cabaran baharuKapten Azrul Hakim dan rakan perniagaannya bersama Catherine Goh, Pengurus Besar Santan di cawangan Santan AEON Shah Alam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca