SUSUK tubuhnya kecil molek, namun Datuk Nana atau nama sebenarnya, Adzliana Hasan seorang yang penuh dengan wawasan dan berjiwa murni.

Dibesarkan dengan mendapat tunjuk ajar dunia pekerjaan daripada arwah bapanya, wanita jelita itu menggarap impian dalam usaha memartabatkan kaum wanita dalam arena keusahawanan.

Datuk nana3Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Usanita Sdn. Bhd itu memulakan kerjaya daripada bawah dengan menjadi kerani di syarikat milik ayahnya.

Daripada situ beliau belajar melihat bagaimana pengurusan perniagaan dijalankan.

Figura dalam bidang perniagaan itu bersyukur kerana banyak tunjuk ajar ayahnya yang digunakan sehingga kini.

“Sekarang saya cuba memberi ilmu pengatahuan ini pada usahawan lain pula.

“Alhamdullilah sepanjang menguruskan perniagaan pelbagai pengiktirafan yang telah kami capai. Namun, salah satu pencapaian yang paling dibanggakan adalah menerima anugerah “Most Valuable : Women Entrepreneurship Empowerment” di The Brand Lureatte World Best Brand Award.

datuk nana

“Tapi sepanjang perjalanan saya perkara yang sentiasa akan saya ingati adalah apabila saya dapat melihat perkembangan baik Perintis Usanita yang berada dibawah Usanita,

yang mana perniagaan mereka semakin maju dan dapat meluaskan perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa,” ulasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual SinarPlus selepas melancarkan koleksi Lebaran 2024  baru-baru ini.

Amber, sebuah jenama pakaian yang sederhana, menampilkan koleksi terkini mereka, iaitu Atma Sari, kolaborasi bersama pereka yang berwawasan yang juga pelakon dan model terkenal,  Anna Jobling.

datuk nanaHadir dengan rangkaian busana  rona pastel yang lembut,  sekali gus melambangkan pencarian Anna mencari kasih sayang yang suci. Sementara,  kooleksi busana lelaki dipenuhi dengan warna yang berani.

Terdapat 15 koleksi dengan jumlah 40 helai baju dikeluarkan dengan  kepelbagaian desain untuk hari raya.

Koleksi Atma Sari kini boleh didapati di kedai pop timbul Raya, termasuk RUANG RAYA di Isetan KLCC dan lokasi lain yang menonjol seperti Event Space, Promo Space, Isetan Garden KL, Isetan Lot 10 KL, dan SOGO KL.

Selain itu, koleksi boleh didapati di butik Wangsa Walk Mall dan pelbagai platform dalam talian, termasuk laman web rasmi, Shopee, dan Zalora.

Penubuhan Usanita ketika COVID-19 

Berbalik semula kepada pembabitan awalnya dalam bidang itu, empunya diri mengakui, untuk mencapai sesebuah kejayaan bukanlah yang mudah dan banyak cabaran perlu ditempuhi.

“Semua yang berlaku pasti ada halangan yang tersendiri. Cabaran paling besar yang saya hadapi bermula pada awal penubuhan Usanita Sdn Bhd, iaitu ketika pendemik COVID-19.

“Semua perniagaan pada waktu itu mengalami kesukaran dan kami (Usanita) perlu terus bertahan untuk membantu lebih ramai usahawan yang memerluan,” ungkapnya.

Beliau menjadikan mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Ibu Sri Mulyani Indrawati iaitu Menteri Kewangan Indonesia sebagai sumber inspirasi.

Bagi wanita berkelulusan Ijazah Perniagaan Antarabangsa dari Multimedia University itu, kedua-dua figura tersebut mempamerkan semangat dan kekuatan mereka sebagai wanita yang dikagumi oleh semua golongan.

“Pencapaian mereka sepanjang hayat merupakan inpirasi buat ramai wanita diluar sana untuk terus bangkit dan kuat.

 

Iklan

“Pada masa sama, saya juga berbangga melihat kemampuan wanita masa kini.

“Mereka sudah berani melibatkan diri dalam semua bidang. Wanita kini boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lelaki dalam prospek pembangunan ekosistem ekonomi dan negara,” ujar wanita hebat berusia 40 tahun itu.

Kejayaan wanita 

Beliau dalam pada itu turut menitipkan beberapa pesanan buat kaum Hawa.

“Wanita perlu berani dalam mendepani cabaran, wanita perlu kuat dalam penjagaan emosi dan kesihatan mental, wanita merupakan cipataan yang hebat, kekuatan kita dalam menguruskan rumah tangga dan anak-anak walaupun sibuk bekerja seharian.

“Persiapan wanita dalam mengharungi pelbagai lagi cabaran untuk menempuh dunia yang serba teknologi masa kini.

Iklan

Ditanya adakah kejayaan seseorang wanita itu diukur daripada hebatnya jawatan, ini jawapn beliau.

“Kejayaan wanita apabila menjadi seorang isteri, ibu walaupun sudah ada pekerjaan professional mahupun sebagai usahawan.

Bukan itu sahaja, keseimbangan yang mampu wanita lakukan sebagai ibu dan isteri dalam menguruskan rumah tangga. Di samping melaksanakan tugas seharian antara bukti kejayaan

“Wanita hebat pasti bertindak dengan tepat, Wanita hebat pasti selalu punya tempat,”tegasnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!