Datuk tak sempat jumpa cucu lelaki pertama, hanya mampu tengok jenazah
PAGI tadi kita dikejutkan dengan berita kemalangan maut yang melibatkan pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafid Ahmad bersama ahli keluarganya.
Berita kemalangan tersebut kini tersebar dan tular di media sosial yang mana kejadian telah berlaku sekitar 5.30 pagi di Km163 Lebuhraya Utara-Selatan di Sungai Bakap.
Menurut laporan portal media tempatan, Muhammad Syafiq yang memandu kereta pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dipercayai terbabas sendiri dan melanggar pembahagi jalan.
Kemalangan tersebut melibatkan enam mangsa dengan tiga daripada mereka tersepit di dalam kenderaan yang dilihat remuk teruk.
Apa yang menyedihkan, mangsa kemalangan yang maut itu juga salah seorang daripadanya merupakan seorang bayi berusia 22 hari yang merupakan anak kepada Syafiq yang baru sahaja dilahirkan beberapa minggu lalu.
Pemain bola sepak kebangsaan itu dan seorang lagi anak perempuannya, dikenal pasti sebagai Aaira Nur Saffiya yang berumur dua tahun cedera ringan, namun isterinya Nur Amalina Nur Ain, 25, cedera parah dan kini sedang dirawat di Hospital Sungai Bakap (HSB)
Sementara itu, Datuk kepada mangsa bayi yang maut, Ahmad, 56, berkata, keluarganya sudah merancang untuk melawat Syafiq di Johor setelah mendapat berita isterinya selamat melahirkan cahaya mata pada 14 November lalu.
Sebaik sahaja tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) berakhir, mereka merancang untuk datang melawat dan berjumpa dengan cucu lelaki pertama mereka.
Malangnya hajat tersebut tidak kesampaian setelah mendapat perkabaran duka mengenai berita kemalangan anaknya awal pagi tadi daripada orang awam.
Ahmad sekeluarga sangat sedih kerana tidak sempat melihat anak Syafiq dan hanya mampu untuk tengok jenazahnya sahaja.
Mereka sekeluarga sepatutnya bertolak ke Johor pada 11 Disember ini dan telah mengambil cuti, tetapi ia terpaksa ditunda sekali lagi ke hujung bulan akibat kawasannya di Bayan Baru dikenakan pula perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).
Setelah mendapat berita berkenaan kemalangan, Ahmad telah bergegas ke tempat kejadian sejurus terima panggilan sebelum ke HSB.
Syafiq juga menjelaskan kepada Ahmad yang mana kejadian tersebut berlaku sangat pantas dan Shafiq dikatakan cuba mengelak haiwan melintas sebelum kenderaannya terbabas dan merempuh pembahagi jalan.
Turut maut dalam kejadian itu ialah ibu mentuanya Zainab Wahab, 45, dan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.
Ahmad juga dimaklumkan oleh Syafiq, anak lelakinya dan ibu mertuanya dijangka dikebumikan di Sungai Tiang, Pendang di Kedah, selepas selepas bedah siasat di HSB.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang