PENGACARA dan doktor selebriti dikenali ramai, Dr Say seorang yang suka berkongsi tip rumah tangga dan kesihatan.

Terbaharu, pengacara rancangan TV My Doctor itu berkongsi, dia terkedu setelah mendapat saranan daripada pengikutnya supaya isterinya belajar memasak demi kebahagiaan rumah tangga.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Menurut bapa kepada dua cahaya mata itu, dia tidak menyangka di tahun 2022 ini masih ada segelintir individu yang berfikiran sebegitu.

“Baru-baru ini saya dapat komen berbunyi begini ‘Dr Say suruh lah Dr Azu (Dr Azura) belajar masak, mesti nanti lagi sayang’.

“Terduduk saya dibuatnya sebab ingat tahun 1992 je orang fikir gitu, tak sangka 2022 masih lagi ada komen sebegitu.

“FYI (buat pengetahuan anda sekalian), bini saya pandai je masak. Nasi ayam, nasi lemak, mee goreng, ikan stim you name it, she can cook it. Cuma saya yang suruh dia tak payah masak,” ujarnya.

dr say

Dr Saya juga menjelaskan, setelah melihat isteri stres, dia tidak akan menambah beban buat insan yang dicintai itu.

“Kenapa? Bini saya bekerja sebagai doktor dan pada masa sama ambil Masters. Saya tengok dia berhempas pulas dan stres.

“Maka logik akal sebagai seorang manusia dan suami, adakah saya nak suruh dia masak lepas susah-susah semua tu? Semestinya tak.

“Kalau dia ada free time dia masak je untuk saya. Dia masak saya okay, dia tak masak pun saya okay,” ujarnya.

Baca juga “Terduduk dibuatnya, buah pinggang rosak tahap 2, air kencing berdarah”- Dr Say nasihat buat pemeriksaan

Bicaranya lanjut, walaupun ada pepatah mengatakan ‘air tangan isteri mengikat hati suami’, namun baginya, banyak lagi cara lain boleh dilakukan untuk menyerikan hubungan.

Iklan

Pemilik nama sebenar Dr Shazril Shaharuddin itu turut menekankan dalam Islam tidak mewajibkan tugas isteri adalah memasak selain menganggap tidak relevan untuk mempraktikkan memandang rata-rata wanita kini bekerjaya.

“Tapi kalau isteri masak pasti suami lagi sayang. Ada banyak lagi cara lain seorang isteri boleh membuatkan suaminya menyayanginya. Saya happy sangat dah kalau wife always around physically dan emotionally.

“Nak ajak dia lepak shopping atau tengok movie, dia ada. Nak ajak dia brain storm topik-topik Instagram saya, dia ada. Dia tolong jaga anak masa saya tengah karang cerpen ni pun saya bersyukur sangat dah.

“In a nutshell, dalam agama takda menyatakan bahawa tugas isteri adalah untuk masak. Zaman sekarang ramai isteri yang bekerjaya. Sekarang ada Foodpanda, GrabFood make use of that.

“Jadi, janganlah rigid sangat dalam perkara ni yang penting makan sekali sebagai satu family dah memadai,” tulisnya.

Betul juga tu, yang penting sentiasa saling memahami, menghormati dan sayang menyayangi antara suami isteri untuk kekal bahagia.

Iklan

Sumber: Instagram Dr Say