WALAUPUN baru kali pertama menyertai Sukan Paralimpik Tokyo 2020, atlet boccia, Chew Wei Lun terus menerus memberikan aksi bak juara dan ternyata usahanya berjaya meraih pingat perak.

Wei Lun menambah koleksi pingat negara selepas memenangi pingat perak pada aksi final acara individu BC1 di Pusat Gimnastik Ariake semalam.

Pada aksi itu, Wei Lun terpaksa akur dengan kehebatan pemain nombor 1 dunia dari Britain, David Smith apabila tewas 2-4.

Meskipun bermula dengan cemerlang apabila mendahului 2-0 pada pusingan pertama, namun Smith menunjukkan kebangkitan pada pusingan seterusnya apabila mengutip empat mata berturut-turut.

Walaupun tewas, namun aksi yang ditampilkan atlet berusia 26 tahun itu pada Paralimpik Tokyo wajar diberikan pujian kerana dia tidak diletakkan harapan untuk memenangi pingat.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pada masa sama, lawan yang ditemui pada perlawanan akhir hari ini bukanlah calang-calang memandangkan Smith merupakan pemenang dua kali pingat emas Paralimpik.

Sebelum melangkah ke aksi final, Wei Lun mencipta kejutan demi kejutan dan dalam separuh akhir, dia mengetepikan Andres Ramos 9-4 dalam pertemuan separuh akhir yang menyaksikan lawan dari Portugal itu sempat mengikat kedudukan apabila mengakhiri end 4 dengan 4-0.

Wei Lun mendahului 2-0 terlebih dahulu sebelum Smith membuktikan pengalamannya selaku juara dunia bangkit sebelum menang 4-2.

Chew Wei Lun

Justeru, ini info ringkas berkenaan Wei Lun;

1. Lahir pada 26 Ogos 1995 di Johor.

2. Ditinggalkan ibu ketika berusia empat tahun dan dijaga oleh atuknya, kemudian ketika berumur sembilan tahun, dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak kurang upaya.

Iklan

3. Membawa niat ingin mempromosikan sukan Boccia di Paralimpik Tokyo 2020 tetapi tidak menyangka membawa pulang pingat perak.

4. Penampilan kali pertama Wei Lun di pentas Paralimpik Tokyo dan menduduki ranking ke-11 dunia.

5. Mendapat gelaran ‘silent killer’ oleh ketua kontinjen negara, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.

Baca juga Kronologi pingat emas Ziyad ditarik, rekod dunia baru terbatal, berikut 10 info mengenainya

Iklan

6. Pencapaian Sukan

  • 2019 FAZZA Bisfed Dubai Boccia Regional Open – Mixed Individual Bc1 (Bronze)
  • 2019 Bisfed Hong Kong Boccia World Open
  • 2019 Perak Bisfed – Mixed Individual Bc1
  • 2019 Guangzhou Boccia Regional Open – Mixed Team Bc1/Bc2 (Bronze)
  • 2017 Asean Para Games Kuala Lumpur – Mixed Team Bc1/Bc2 (Bronze)

Tahniah kepada Chew Wei Lun kerana berjaya bawa kejayaan kepada Malaysia! Kami bangga dengan anda.

Teruskan menyokong atlet paralimpik kita di Tokyo 2020. Malaysia boleh!