CALVIN LIM, 36, (bukan nama sebenar) masih teringat lagi detik menakutkan suhu badannya naik mendadak pada awal Ogos lalu.

Ujar lelaki itu, emosinya bercampur-baur. Pendek kata, semua perasaan negatif seperti takut, stres dan risau bersarang dalam benaknya.

Saya tertanya-tanya. Adakah saya terkena virus Covid-19? Ada juga logiknya kerana salah seorang rakan pejabat saya baru sahaja pulih daripada virus itu. Saya terfikir lagi, adakah dia tidak pulih sepenuhnya sehingga virus itu menjangkiti saya?” katanya yang melontarkan soalan-soalan itu kepada dirinya sendiri.

Enggan membiarkan dirinya dihambat emosi yang boleh meruntuhkan moral dan semangatnya, Calvin lantas ke hospital swasta untuk pemeriksaan.

Dihalau kawan dari rumah, dipulau oleh kakak gara-gara buat ujian Covid-19
SELEPAS beberapa ketika membuat ujian Covid-19, Calvin diminta membuat ujian denggi selepas seluruh anggota badannya seram sejuk dan sendi-sendinya terasa sakit. Apa jadi kepadanya selepas itu?

Jujur saya katakan, saya langsung tak terfikir mengenai denggi kerana tiada siapa yang bercerita tentangnya, cuma diperkatakan hanya Covid-19. Jika awak tanya, adakah saya rasa sakit sendi, jawapannya sedikit saja. Kepala saya berdenyut tapi masih terkawal dan tak rasa loya pun.

Kena faham, pada zaman Covid-19 ini, stigma sesiapapun akan memikirkan dirinya diserang virus korona lebih-lebih kalau ada kontak dengan bekas pesakit,” ujarnya yang bersungguh-sungguh menceritakan situasinya kepada SinarPlus dalam satu pertemuan di ibu kota minggu lalu.

Ketika mewawancaranya, kami mengamalkan penjarakkan fizikal sejauh lebih dua meter dan memakai pelitup muka.

Ujar Calvin, sebaik memberitahu dirinya ada kontak rapat dengan bekas pesakit Covid-19 kepada petugas hospital, beliau terus diminta menjalani ujian saringan Covid-19.

Lebih kurang sejam selepas ujian itu, tiba-tiba badan saya rasa seram sejuk. Tubuh, kaki, tangan saya juga rasa lain macam sakitnya menjelang senja. Saya maklumkan pada jururawat.

Entah apa yang mereka bincangkan, saya dibawa menjalani satu ujian (denggi). Ya, memang saya kena denggi selepas bacaan platelet turun 70 dan bacaan darah pula jatuh mendadak kepada 57.

Saya betul-betul terkejut, tak sangka kena denggi. Kemudian, saya menjadi bertambah takut, adakah saya dapat pakej kombo penyakit denggi dan Covid-19? Masa tu saya fikir akan mati saja. Namun, doktor maklumkan, satu perkara mustahil seorang yang kena denggi boleh dapat Covid-19 pada masa sama,” katanya yang menghuni di sebuah apartmen di Kuala Lumpur ketika itu.

Dipulau

Trauma terhadap penyakit belum lagi pudar, Calvin dihimpit lagi dengan ujian berat.

Kali ini, rakan-rakannya yang mendiami apartmen yang sama dengannya memintanya keluar dari kediaman itu.

(Artikel berkaitan: Bila demam, ramai keliru terkena virus Covid-19 atau denggi, pakar dari dalam dan luar negara beri penjelasan…

Iklan

Saya sudah katakan saya kena denggi, namun mereka tetap memandang sinis dan menghina saya dengan kata-kata yang bukan-bukan hanya kerana saya memaklumkan saya ada menjalani ujian Covid-19 selepas demam.

Dengan hati yang berat, saya keluar dari rumah itu. Saya juga meletak jawatan sebagai pegawai pengiklanan di syarikat lama,” ujarnya yang masih berkecil hati dengan persepsi negatif orang sekelilingnya yang langsung tidak menunjukkan rasa empati kepadanya.

Dihalau kawan dari rumah, dipulau oleh kakak gara-gara buat ujian Covid-19
MANGSA diusir dari rumah oleh rakan-rakan serumahnya yang bimbang diri mereka dijangkiti virus sama. Calvin dengan berat hati keluar dari kediaman tersebut termasuk menghantar notis kerja 24 jam.

Beritahu Calvin lagi, beliau juga mengambil keputusan untuk tidak berjumpa ahli keluarganya kerana ada di antara mereka yang turut memandang serong terhadapnya.

“Sekarang saya sudah faham kenapa ramai bekas pesakit Covid-19 meluahkan rasa sedih dan kesal kerana disisihkan oleh masyarakat meskipun sudah disahkan pulih.

Iklan

Bayangkan, saya kena denggi bukannya Covid-19. Sudah penat saya menjelaskan kepada mereka. Saya berandaian mereka kurang tahu apa bezanya Covid-19 dan denggi.

“Mereka ingat kalau demam saja, mesti kena Covid-19. Hidup kita memang sukar kalau tiada sokongan moral,” katanya yang kini bekerja sebagai penulis kandungan di sebuah syarikat antarabangsa dan tinggal bersendirian di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

 

Sumber gambar: Freepik & Unsplash