Dijangkiti ketika kandungan 30 minggu, jururawat meninggal dunia akibat Covid-19

A
A
A

PANDEMIK Covid-19 yang mengganas di negara kita masih tidak nampak bilakah akan berakhir.

Dari hari ke hari, jumlah kematian turut meningkat. Ia tidak memilih siapa mangsanya, baik yang muda atau tua.

Mereka yang berkhidmat di barisan hadapan dalam melawan pandemik ini juga tidak terkecuali.

Terbaru seorang jururawat yang bertugas di Jabatan Perubatan Pemulihan Pusat, Pakar Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh, Artini Dzolkarnaini meninggal dunia, awal pagi tadi dipercayai akibat komplikasi Covid-19.

Pemergian petugas barisan hadapan itu dimaklumkan menerusi Facebook Fakulti Perubatan Universiti Teknologi MARA.

"Dukacita dimaklumkan Sr Artini Dzolkarnaini telah meninggal dunia, di Hospital UiTM pada 5.30 pagi tadi.

"Seluruh warga Fakulti Perubatan UiTM ingin merakamkan ucapan salam takziah. Kami mendoakan semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman," tulisnya.

Portal tempatan turut melaporkan, arwah dijangkiti Covid-19 ketika sedang mengandung 30 minggu.

Dijangkiti ketika kandungan 30 minggu, jururawat meninggal dunia akibat Covid-19

Dikatakan juga, bayi arwah Artini berjaya diselamatkan secara pembedahan cesarean dan ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) hospital berkenaan.

Al-Fatihah dan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga.

Baca juga Ebit Lew minta maaf pada penduduk pulau Semporna yang di Islamkan, bantuan terpaksa dihentikan

Sementara itu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan berakhir pada 4 Februari dilanjutkan selama dua minggu lagi (18 Februari) dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat.

Perkara itu diumum Menteri Kanan (Kluster Keamanan) Ismail Sabri Yaakob pada sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

Semoga kita semua sama-sama memberi sekongan dengan tempoh PKP diberikan, terus amalkan SOP agar dapat memutuskan rantaian Covid-19 ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca