DJ radio Hitz FM akhirnya nekad letak jawatan

A
A
A

SELEPAS dikenakan tindakan gantung kerja akibat mentertawakan cara sebutan bahasa Inggeris seorang guru wanita yang kini semakin tular di laman sosial, penyampai radio Hitz FM Sarawak, Muhammad Yusuf Shukri akhirnya meletak jawatan berkuat kuasa 22 Februari.

Perkara itu juga telah disahkan oleh pihak Hitz di laman Facebook rasmi mereka semalam yang menerima surat peletakkan jawatan penyampai radi berkenaan yang berkuat kuasa semalam.

“Berikutan siasatan dalaman pihak kami mengenai kontroversi membabitkan salah seorang penyampai radio yang merupakan kakitangan syarikat baru-baru ini, pihak kami sudah menerima peletakkan jawatannya berkuat kuasa 22 Februari 2021,” tulis kenyataan tersebut ringkas

Pihak pengurusan Hitz FM sebelum ini dilaporkan akan membuat siasatan dalaman berhubung kontroversi yang berlaku setelah kes penyampai radio tersebut tular di laman sosial.

Tindakan Muhammad Yusuf yang pemperlekehkan kemampuan seorang guru subjek Sains bertutur bahasa Inggeris dalam saluran DidikTV Kementerian Pendidikan mendapat kecaman sangat hebat dalam kalangan warganet setelah dia memuat naik video tersebut sebagai content di TikTok.

DJ radio Hitz FM akhirnya nekad letak jawatanSusulan kecaman yang diterima, penyampai radio tersebut juga telah tampil memohon maaf dengan tindakan yang tidak wajar itu dengan memuat naik sebuah video di laman Facebook miliknya.

Menerusi video berdurasi dua minit 35 saat itu, dia mengakui kesilapan yang dilakukan dan memohon terhadap kepada guru tersebut.

Sebagai tanda benar-benar menyesali perbuatannya, Yusuf juga berharap sesiapa yang mengenali guru tersebut, boleh membantunya untuk menghubungi dan memohon maaf secara peribadi kepada guru itu dan ahli keluarganya.

Namun, sehingga kini tiada maklum balas terkini yang diterima dan Yusuf akhirnya nekad melepaskan jawatan sebagai penyampai radio Hitz FM secara rasmi.

Jadilah kisah ini sebagai satu pelajaran kepada kita semua seperti kata pepatah melayu, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya” yang bermaksud berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain atau menerima balasan yang buruk.

UPDATE: @hitzsarawak

Posted by HITZ on Monday, 22 February 2021

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca