Doa warganet iringi wira negara, SMART Malaysia tiba di Turkiye, bantu cari dan menyelamat mangsa gempa
DOA daripada warga maya mengiringi pemergian Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team-SMART) ke Turkiye bagi membantu proses mencari dan menyelamat (search and rescue -SAR) mangsa gempa bumi di sana.
Misi SAR kali ini melibatkan seramai 70 orang anggota SMART menaiki penerbangan Turkish Alirlines. Mereka turut membawa bersama peralatan-peralatan yang akan digunakan di dalam operasi ini.
Pasukan SMART kita ini bukan calang-calang kepakarannya. NADMA telah menerima pengiktirafan Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG) pada tahun 2016 yang membolehkan pasukan itu dihantar untuk menyertai misi bencana di luar negara.
Berikut enam info berkaitan SMART:
1-Ia ditubuhkan dengan 85 keanggotaan pada 1 Ogos 1995. Markas pertama ialah di PULAPOL Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
2-Pada 1 Oktober 2016, SMART Malaysia diletakkan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Keanggotaan ditambah kepada 141 orang.
3-Keanggotaan adalah daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
4-Antara kepakaran pasukan ini ialah mereka dilatih untuk mencari dan menyelamat mangsa dalam bencana yang membabitkan struktur runtuh, di tempat tinggi dan tali, ruang terkurung, mangsa dalam air, gunung dan hutan belantara.
5-Fungsi SMART adalah seperti berikut:
-Bertindak untuk melaksanakan tugas SAR di mana tugas tersebut di luar kemampuan agensi penyelamat sedia ada.
-Menghadiri operasi SAR yang rumit yang mana ia memerlukan kepakaran yang tinggi dan peralatan yang canggih.
-Bertanggungjawab dalam kejadian yang dijangka menjadi bencana besar dan melibatkan ramai mangsa.
-Bertindak membantu dalam kejadian bencana yang berlaku di dalam dan luar negara apabila diperlukan.
6-SMART pernah terlibat di dalam operasi di luar negara termasuk:
-kebakaran hutan Indonesia,1997
-gempa bumi Turki, 1997
-tsunami Indonesia, 2004
-gempa bumi India, 2001
-gempa bumi Indonesia, 2005, 2006, 2009
-gempa bumi Pakistan, 2005
-Tanah runtuh Filipina, 2006
-Taufan Haiyan Filipina, 2013
-Tragedi MH17, Ukraine
Menerusi hantaran di Facebook NADMA, anggota SMART telah tiba di bumi Turkiye pada jam 5.50 pagi.
Warga maya menitipkan doa buat wira-wira negara ini. Malah ramai mengingatkan agar memakai pakaian bersesuaian susulan cuaca sejuk di sana.
- “Buat semua wira negara. Semoga dipermudahkan segala urusan, selamat pergi dan selamat kembali dan sentiasa dalam lindungan ALLAH, aminn.”
- “Our hero, moga selamat pergi dan pulang.”
- “Jaga-jaga suhu sejuk, walaupun memberi bantuan keselamatan diutamakan.”
-“Harap PPE yang lengkap dipakai oleh ahli SMART kita memandangkan cuaca sejuk di Turkiye sekarang.”
Sumber: NADMA, friendsofbombamalaysia, Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang