Dr Farah cuma alami sengal-sengal, saran rakyat Malaysia suntik vaksin Covid-19

A
A
A

DOKTOR pelatih pakar bedah yang kini bertugas di Northampton General Hospital, United Kingdom (UK), Dr Farah Shaheera Roslan (Dr Farah) menyeru rakyat Malaysia melunaskan tanggungjawab bersama untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19. 

Saranan tersebut dizahirkan menerusi klip video ringkas yang dimuat naik laman sosial Instagramnya @drfarahroslan baru-baru ini.

Menurutnya, sebagai salah seorang penerima terawal vaksin di UK, beliau ingin mengajak rakyat Malaysia terutamanya kumpulan berisiko tinggi seperti barisan petugas hadapan dan warga emas supaya mendaftar dan mendapatkan suntikan vaksin. 

vaksinDR Farah menyeru rakyat Malaysia mendaftar untuk mendapatkam suntikan vaksin demi kesihatan diri dan kesejahteraan masyarakat sekeliling.

“Saya telah menerima suntikan vaksin Covid-19 pada 7 Januari 2021. Alhamdullilah, saya cuma mengalami sengal-sengal lengan sahaja.

“Justeru, saya ingin menyeru rakyat Malaysia agar beramai-ramai mengambil suntikan ini (vaksin) bukan sahaja demi kesihatan diri, malah untuk menjaga ahli keluarga tersayang dan masyarakat,” titip Dr Farah dalam video berdurasi 20 saat itu.

dr farahPada masa sama, beliau juga berkongsi coretan mengenai Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah yang telah memutuskan hukum pengambilan vaksin adalah harus dan wajib.

Ia adalah selaras dengan sebuah hadis diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

“Tidak boleh melakukan sesuatu yang memudaratkan dan tidak boleh memberikan mudarat kepada orang lain.” (Riwayat Ibnu Majah)

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Farah menyatakan Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 akan bermula secara berperingkat pada 26 Februari 2021 di seluruh Malaysia.

Dr Farah ANAK kelahiran Negeri Sembilan ini sedang menyempurnakan tugasnya sebagai doktor pelatih pakar bedah di Northampton General Hospital, UK.

Sebarang maklumat lanjut mengenai Covid-19 dan vaksin sila layari, http://covid-19.moh.gov.my

Terdahulu, nama Dr Farah yang dilahirkan di Negeri Sembilan menjadi sebutan selepas usaha beliau mencipta hijab pakai buang ketika berada di dalam dewan bedah mendapat sambutan positif.

Lebih mengujakan, idea pegawai perubatan berusia 27 tahun tersebut turut mendapat pengiktirafan Mary Seacole NHS Leadership Academy Award 2020 termasuk dicalonkan dalam British Muslim Award 2020.

Dr farah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca