Dr Noor Hisham turun padang, tinjau kawasan Kluster Tapak Bina Awan Baru

Dr Noor Hisham turun padang, tinjau kawasan Kluster Tapak Bina Awan Baru
Dr Noor Hisham turun padang, tinjau kawasan Kluster Tapak Bina Awan Baru
A
A
A

EKORAN pertambahan kes Covid-19 yang semakin meningkat di Kluster Tapak Bina Awan Baru, Kuala Lumpur, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turun meninjau aktiviti di lapangan itu semalam.

Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, kluster ini melibatkan daerah Kepong dan Cheras susulan peningkatan kes-kes positif Covid-19.

Ia dikesan susulan saringan bersasar ke atas pekerja-pekerja di sebuah tapak pembinaan di Bandar Baru Sentul.

"Pada tengahari tadi (semalam) saya telah meninjau aktiviti di lapangan bagi Kluster Tapak Bina Awan Baru.

"Sehingga 28 November 2020 jam 8.00 malam, seramai 482 individu telah disaring di mana 410 kes telah dilaporkan positif (rate 85.1%).

"Penilaian risiko dan pengesanan kontak rapat di kawasan tapak bina dan kawasan sekitar tempat kerja telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Kepong pada 27 November 2020.

"Tapak bina ini telah ditutup di bawah seksyen 18 (1) (f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) pada 27 November 2020 bagi tujuan pembersihan dan disinfeksi.

"KKM memandang serius peningkatan kejadian penularan jangkitan COVID-19 di tempat kerja terutamanya di kalangan pekerja bukan warganegara.

"Tenaga kerja adalah merupakan aset berharga bagi sesebuah syarikat mahupun organisasi. Ini termasuklah pekerja warganegara mahu pun bukan warganegara," tulisnya.

Baca juga Lebih 30 tahun dalam dunia seni, Amir Ukays tidak pernah lupa penangan Bisa Berbisa

Menurutnya, seperti yang KKM sering tekankan, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada penularan penyakit berjangkit di kalangan pekerja misalnya isu tempat penginapan, kebersihan kendiri dan juga persekitaran di tempat tinggal serta tempat kerja.

"Memandangkan isu penularan COVID-19 di kalangan pekerja bukan warganegara adalah merupakan isu penting yang perlu ditangani, KKM menyeru pihak majikan untuk memainkan peranan lebih besar dalam sama-sama menanganinya.

"Selaras dengan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446), masalah penginapan pekerja bukan warganegara yang sempit dan sesak perlu ditangani dengan segera bagi memastikan ianya tidak menjadi punca penularan jangkitan Covid-19 dan lain-lain penyakit berjangkit.

"Sehubungan itu, KKM menyambut baik tindakan penguatkuasaan Akta 446 ini oleh pihak Kementerian Sumber Manusia ke atas pihak majikan yang gagal mematuhi ketetapan akta tersebut," katanya.

Sehingga semalam, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 493 kes (37.7 peratus), di mana 473 kes (95.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster di tempat kerja (tapak-tapak pembinaan). Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 290 kes (22.2 peratus) dan Selangor sebanyak 238 kes (18.2 peratus).

Ayuh teruskan patuhi SOP yang telah ditetapkan, sentiasa pakai pelitup mulut, cuci tangan dengan kerap, kekalkan jarak satu meter dan duduk di rumah jika tidak ada kepentingan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca