DATUK Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha figura yang disegani. Angkasawan negara pertama itu bukan sahaja menjadi inspirasi kerana kejayaannya, beliau juga pempengaruh keibubapaan yang diikuti ramai.

Sering berkongsi ilmu dan menjadi inspirasi ibu bapa muda, bapa kepada enam cahaya mata itu baru-baru ini memuat naik sebuah video yang menimbulkan tanda tanya para pengikutnya.

Baca juga: ‘Super aktif, mahu pengsan maknya.’-Kongsi sambutan hari lahir anak kembar, luahan hati Dr Halina bikin ramai terhibur

Sheikh Muszaphar berkongsi video yang memaparkan beliau membisikkan berita menggembirakan kepada anak-anaknya.

 

“Membisikkan berita yang baik. Alhamdulillah, syukur sangat, semua teruja

”Semoga dipermudahkan, amiinn,” titip beliau.

Pada akhir video dipaparkan keenam-enam anak memeluk isteri beliau, Dr Halina dan rakaman imbasan ultra sound yang mengesan degupan jantung bayi.

Warganet yang tertanya-tanya dan meneka kemungkinan pasangan itu bakal menerima kelahiran cahaya mata yang ketujuh.

Rata-rata mengucapkan tahniah. Tidak kurang yang menyatakan terhibur dengan gelagat permata hati doktor bedah ortopedik itu dan meminta penjelasan lanjut.

– “Apa tu… dapat adik lagikah?”

– “Berita apa, hendak nak tahu juga?”

– “Alhamdulillah tahniah, semoga ALLAH mudahkan setiap urusan kalian sekeluarga.”

– “Bestnya dapat anak ramai, penyeri hidup dunia dan akhirat.”

Iklan

Baca juga: Dr Sheikh Muszaphar mahu semua anaknya jadi doktor

Dr Sheikh Muszaphar mendirikan rumah tangga dengan Datin Dr Halina Mohd Yunos berkahwin pada 10 Oktober 2010.

Pekahwinan mereka diserikan dengan kehadiran enam cahaya mata termasuk iaitu Sophea Isabella, 11, Sophea Natasha, 9, dua pasang kembar iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 5, Sheikh Eusoff serta Sophea Emelia, 2.

Iklan

Baca juga: ‘Anak-anak merayu mahu naik lagi, mak, bapa macam mahu pengsan.’ -Dr Halina kongsi kisah lucu anak-anak pertama kali naik tren

Sumber: Instagram drsheikhmuszaphar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi