SEBAK dan sayu… Itulah gambaran seorang remaja yang sedang meneruskan kehidupan bersama seorang ibu dan empat lagi adik-beradiknya yang lain dalam serba kekurangan.

Lebih memilukan hati, mereka sekeluarga tinggal di sebuah bilik yang kecil di dalam sebuah kilang kayu di Batu 6, Jalan Gambang, Pahang.

Namun begitu, kemanisannya tetap ada apabila beliau memperolehi keputusan 5A bagi subjek Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Prinsip Perakaunan dan Fizik dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

Beliau turut berhajat meneruskan pengajian ke matrikulasi bagi memenuhi cita-citanya untuk menjadi seorang akauntan.

Sebelum ini, ayahnya bekerja di kilang berkenaan namun, sudah meninggal dunia beberapa bulan lalu.

“Ya ALLAH kasihannya.
“Sekarang kakak ini dibantu tinggal di bilik tu bersama anaknya.
“Cuma satu ruang sahaja. Tiada katil. Tiada apa-apa pun. Peti ais mesin basuh semua tiada. Kosong.

“Tapi barang semua tersusun kemas jer,” tulis Ustaz Ebit Lew di Instagramnya semalam.

“Syukur mereka dah tiga bulan dapat bantuan bulanan dari JKM dan Zakat Pahang. Terima kasih JKM dan Zakat Pahang. Tahniah. ALLAH sayang,” tulisnya lagi.

Iklan

Terkini, Ustaz Ebit Lew telah mendapatkan sebuah rumah sewa yang lebih selesa untuk keluarga ini kerana tidak sanggup melihat mereka duduk bersama habuk kayu.

“Ya ALLAH, syukur, saya telah dapatkan rumah sewa daripada harga RM900 ke RM700. Saya juga belikan peti ais, mesin basuh, lima katil dan tilam,” katanya.

Iklan

#PastiAdaSinar

Foto: Ihsan Instagram @ebitlew