RINDU kenangan zaman kanak-kanak dan suasana kampung mendorong seorang penjawat awam menghasilkan karya diorama dan miniatur berkonsepkan pemandangan desa, yang kini menjadi sumber pendapatan tambahan buat dirinya.

Memetik laporan portal media tempatan, selain mengubat rindu, Mohd Ihsan Mohd Saidi, 34, berkata, diorama yang memaparkan suasana kampung itu juga bertujuan membantu generasi muda menghayati suasana dan kehidupan masyarakat dahulu kala.

Istimewanya, setiap rekaan oleh kakitangan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu itu diinspirasikan daripada rumah pusaka dan persekitaran kampung halamannya di Kampung Pengkalan Sentul, Jerteh dan perkampungan nelayan.

RINDU kenangan zaman kanak-kanak dan suasana kampung mendorong seorang penjawat awam menghasilkan karya diorama dan miniatur berkonsepkan pemandangan desa, yang kini menjadi sumber pendapatan tambahan buat dirinya.

“Rumah pusaka keluarga roboh sejak 1996, dek kerana rindu dengan kenangan bersama keluarga saya cuba menghasilkan rumah mini sebagaimana rumah yang pernah kami diami,” katanya.

Pada awalnya Mohd Ihsan berkata dia hanya menggunakan batang aiskrim dan barangan yang dibeli di kedai serbaneka bagi menghasilkan rekaan pertamanya.

Teruja dengan hasil kerjanya, Mohd Ihsan memuat naik gambar diorama dan miniatur itu di laman Facebook sehingga mendapat pujian daripada rakan-rakan, malah ada yang berminat untuk membeli.

Siapa sangka perkongsian di Facebook yang sekadar suka-suka kini menjadi sumber pendapatan sampingan apabila mampu menjual lebih 50 hasil karyanya yang setiap satunya bernilai antara RM150 hingga RM2,000 mengikut saiz.

RINDU kenangan zaman kanak-kanak dan suasana kampung mendorong seorang penjawat awam menghasilkan karya diorama dan miniatur berkonsepkan pemandangan desa, yang kini menjadi sumber pendapatan tambahan buat dirinya.

Beliau berkata tempahan diterima dari seluruh negara dan paling tinggi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan berikutan bekerja dari ruman, Mohd Ihsan memanfaatkan tempoh itu untuk menyiapkan tempahan.

“Bagaimanapun bagi tempahan dari luar Terengganu ada kalanya berhadapan cabaran kerosakan model diorama dan miniatur ketika proses penghantaran menggunakan khidmat kurier, jadi saya akan meminta pelanggan mengembalikan barangan tersebut untuk dibaiki dan dihantar semula kepada pemilik,” katanya.

Menurut beliau, tempahan turut diterima daripada jabatan-jabatan kerajaan dan swasta mahupun institut pengajian, malah karyanya turut dipinjamkan untuk tujuan pameran.

RINDU kenangan zaman kanak-kanak dan suasana kampung mendorong seorang penjawat awam menghasilkan karya diorama dan miniatur berkonsepkan pemandangan desa, yang kini menjadi sumber pendapatan tambahan buat dirinya.

Iklan

Berkongsi mengenai penghasilan karya diorama dan miniatur pula, Mohd Ihsan berkata, setiap karya menuntut sentuhan kreativiti, ketelitian dan kesabaran tinggi bagi memastikan model yang dibina kelihatan menarik dan ‘hidup’ pada mata yang melihat.

Katanya, pembinaan seperti model rumah lama memerlukan kayu direndam di dalam air selama dua malam dengan dimasukkan warna mengikut kesesuaian untuk menampakkan keadaan seperti sudah usang dan pemilihan warna seakan sama dengan rumah asal bagi menampakkan karya seni itu  ‘hidup’.

RINDU kenangan zaman kanak-kanak dan suasana kampung mendorong seorang penjawat awam menghasilkan karya diorama dan miniatur berkonsepkan pemandangan desa, yang kini menjadi sumber pendapatan tambahan buat dirinya.

“Barang-barang asas yang diperlukan seperti kayu mahupun alatan lain diperolehi dari kedai-kedai serbaneka, manakala barangan lain seperti pewarna dan model seperti kenderaan mini yang tiada dijual di sini akan dibeli secara dalam talian mahupun ketika saya ke Kuala Lumpur,” katanya.

Katanya, penghasilan model lazimnya berdasarkan kepada permintaan pelanggan sama ada melalui gambar atau imaginasinya sendiri, serta bergantung kepada kemampuan pelanggan.

Iklan

RINDU kenangan zaman kanak-kanak dan suasana kampung mendorong seorang penjawat awam menghasilkan karya diorama dan miniatur berkonsepkan pemandangan desa, yang kini menjadi sumber pendapatan tambahan buat dirinya.

Selain daripada diorama dan miniatur panorama kampung, Mohd Ihsan turut menghasilkan diorama rumah kedai lama, suasana di bengkel kimpalan, tanah perkuburan, rumah tradisional serta masjid kayu.

BERNAMA